web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet, Penjawat Awam Harus Bekerjasama Angkat Martabat Rakyat, Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 9:43AM

Anwar berkata, usaha secara berpasukan juga mampu membebaskan rakyat dan negara daripada segala keterlanjuran yang sudah atau mungkin berlaku. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa anggota Kabinet dan penjawat awam untuk berganding bahu melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan dengan elemen amanah serta kepercayaan, demi mengangkat martabat rakyat serta negara ke tahap lebih mulia.

Perdana Menteri berkata, usaha secara berpasukan juga mampu membebaskan rakyat dan negara daripada segala keterlanjuran yang sudah atau mungkin berlaku, seterusnya menjadikan Malaysia selaras dengan konsep Madani.

“Jadi kalau saya digesa dalam jawatan saya dan rakan-rakan saya serta saudara saudari, gesaan saya ialah dengan niat baik kalau kita nak angkat martabat negara serta menentukan kejayaan ini, bukan sahaja tokoh politik, ia mesti dengan semangat dan komitmen menyeluruh penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Februari 2023 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau tidak mahu menafikan teguran diterimanya daripada segelintir pihak bahawa dirinya sering menyebut mengenai perkara lama sejak memegang pentadbiran negara.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkaitan imej dan ekonomi negara, selain keterlanjuran sudah berlaku itu, tidak boleh dinafikan serta harus mempunyai kekuatan dan tekad baru dari semua pihak untuk melakukan perubahan, malah penambahbaikan.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, cabaran terhadap semua pihak, termasuk kerajaan pimpinannya adalah bagaimana boleh menyucikan dan mengangkat martabat manusia serta negara ini.

“Bagaimana mampu kita mengangkat keupayaan kita ke tahap lebih mulia, tinggi dan darjat lebih terpuji. Persoalannya bagaimana, jawapan dalam Al-Quran jelas, bermula dengan ‘fakku rakabah’ (bebaskan manusia), jadi kita kalau dalam kerja kita, amalan kita, negara kita, jabatan kita, tidak terlepas daripada keikhlasan kita untuk membebaskan dalam konteks Al-Quran.

“Kupasan ulama silam, disebut bebaskan manusia dari perhambaan. Kupasan ulama semasa mengaitkan dalam apa bentuk penindasan menyebabkan orang itu hamba atau separuh hamba, bebaskan manusia itu.

“Bebaskan rakyat kita, warga kita dan manusia itu dari segala bentuk penindasan, perhambaan, memperbodohkan rakyat, memiskin rakyat, mengambil harta rakyat sehingga hak mereka itu tersisih, ini tugas pertama yang disebut dalam Al-Quran,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad