web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Anwar Ucap Takziah Kepada Mangsa Tragedi Gempa Bumi Di Turkiye

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 9:00AM

Penduduk mencari mangsa di dalam runtuhan bangunan selepas gempa bumi semalam di kampung Besnia yang dikuasai pemberontak Syria. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye semalam.

Anwar berkata pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sudah berlepas ke Turkiye malam tadi untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan terjejas.

“Saya amat sedih dengan kehilangan besar nyawa, kecederaan dan kemusnahan besar-besaran berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye. Gempa bumi besar itu juga menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan jumlah korban besar di negara-negara jiran.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga serta semua negara yang terjejas akibat bencana itu. Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberi kesembuhan kepada  mangsa dan ketenangan yang cepat kepada yang berduka,” menurut catatannya di Facebook semalam.

Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dilapor melanda wilayah selatan Turkiye di Kahramanmaras jam 4.17 pagi Isnin dengan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan ia berpusat di daerah Pazarcik.

Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria.

Menurut Kementerian Luar, setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas dengan kejadian tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad