web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Barangan Bukan Penghalang Peniaga Asam Pedas Tawarkan Menu Rahmah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 9:00AM

Saharudin menunjukkan salah satu menu asam pedas yang ditawarkan di bawah Program Menu Rahmah kepada pelanggannya pada Sesi Pengenalan Program Menu Rahmah semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Walaupun pada mulanya tercabar dan berasa tidak relevan untuk menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5 ekoran kenaikan pelbagai barangan dan bahan mentah, namun ia bukan penghalang buat pengusaha Restoran Asam Pedas Selera Kampung di sini, untuk menyahut seruan kerajaan.

Saharudin Mohd Nor, 56, yang sudah 32 tahun berkecimpung dalam industri makanan berkata beliau berupaya menawarkan Menu Rahmah dengan kerjasama pembekal bahan mentah yang beliau sering berurusan.

“Pada asasnya kita tercabar juga … mana boleh dapat harga set asam pedas sepinggan dengan air RM5?, tetapi setelah berbincang dengan rantaian pembekal bahan mentah menerusi kumpulan WhatsApp, sebenarnya ia boleh dilakukan.

“Tapi ia tidak melibatkan keuntungan yang besar atau kerugian sebaliknya penyertaan Restoran Asam Pedas Selera Kampung di bawah program Menu Rahmah adalah sebahagian sumbangan kebajikan kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Pengenalan Program Menu Rahmah di sini hari ini.

Sesi pengenalan itu turut dihadiri Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar.

Saharudin berkata tawaran Menu Rahmah berkenaan melibatkan menu set asam pedas ayam, tetel atau ikan berserta nasi putih, telur masin, sayur dan air mineral pada harga RM5 sepinggan.

Beliau berkata walaupun harga yang ditawarkan sangat rendah, namun kualiti makanan tetap diutamakan agar pelanggan dapat menikmati keenakan masakan seperti sebelum ini.

Katanya sebagai contoh, bagi menu asam pedas ikan, beliau masih menggunakan ikan kembung tetapi saiznya sedikit kecil berbanding kebiasaannya.

“Kita tidak tahu lagi bagaimana sambutan Menu Rahmah (selepas ini) dan jika hebat, mungkin kita akan tambah … buat permulaan kita tawarkan kepada 100 pelanggan dahulu,” katanya.

Beliau berkata Menu Rahmah itu ditawarkan pada setiap Isnin dan Khamis dan tiada had pembelian dikenakan dan berharap usaha itu dapat membantu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

4

TARA 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar