web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedah Negeri Terbaharu Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 7:00AM

Seorang kanak-kanak tidur dengan nyenyak di dalam khemah yang disediakan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Dato' Seri Abdul Manan Ismail malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Mukim Karangan dekat Kulim susulan hujan lebat lebih dua jam sejak 2 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Insaniah Jangkang itu dibuka pada 6 petang namun jumlah mangsa masih belum diperoleh kerana proses pemindahan mangsa sedang dilakukan.

“Sebanyak 25 rumah di Kampung Padang Limau terjejas selepas hujan lebat sejak pukul 2 petang dan air mula masuk ke dalam rumah mangsa pada pukul 4 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati paras Sungai Padang Limau melepasi paras bahaya dan arus air sungai semakin deras.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa dan berpindah ke PPS sekiranya paras air semakin meningkat.

Di PAHANG, banjir yang bermula petang tadi ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi turut menjejaskan daerah Pekan dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 75 mangsa daripada 21 keluarga.

Sekretariat Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan PPS tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang dan SK Tanah Putih.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kuantan berkurangan sedikit malam ini dengan 1,285 mangsa masih berada di tujuh PPS berbanding 1,310 mangsa yang direkodkan tengah hari tadi.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai di Pahang telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Keratong di Rompin.

Di JOHOR, terdapat 155 mangsa masih berada di tiga PPS malam ini berbanding 355 orang pada 4 petang tadi.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang ditempatkan di dua PPS di Batu Pahat adalah seramai 129 orang daripada 34 keluarga manakala di Segamat, seramai 26 orang daripada sembilan keluarga kekal berada di sebuah PPS.

JPBN juga memaklumkan keadaan cuaca di tujuh daerah diramalkan hujan malam ini kecuali Johor Bahru, Pontian dan Kulai yang diramalkan baik.

Sungai Bekok di Batu Pahat juga didapati masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 19 meter. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 3 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik