web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Sedia Bantu Kerja Menyelamat Gempa Bumi Turkiye, Syria

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 7:00AM

Takiyuddin berkata, PAS amat terkejut dan sedih dengan bencana itu serta mendoakan agar kerja menyelamat berjalan lancar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS sedia menggembleng apa jua bentuk bantuan dan sokongan diperlukan bagi membantu kerja menyelamat dan pemulihan susulan gempa bumi melanda selatan Turkiye dan utara Syria, semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS amat terkejut dan sedih dengan bencana itu serta mendoakan agar kerja menyelamat berjalan lancar.

Malah, beliau turut mendoakan agar tidak berlaku gempa susulan yang boleh merumitkan lagi keadaan.

“Rasa simpati dan takziah kami tujukan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan tercedera, selain rakyat yang terjejas di kedua- dua negara sahabat ini.

“Kami juga mendoakan agar kerja menyelamat berjalan lancar dan tiada berlakunya gempa atau bencana susulan yang boleh merumitkan keadaan,” katanya dalam kenyataan.

Satu lagi gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di tenggara Turkiye semalam, beberapa jam selepas gempa bumi yang pertama.

Menurut agensi berita Bloomberg, gempa bumi kedua itu berlaku dalam tempoh kurang dari 12 jam selepas gempa bumi yang pertama.

Balai cerap Kandilli yang berpangkalan di Istanbul berkata, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Kahramanmaras pada 1:24 tengah hari (waktu tempatan).

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria awal pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya ribuan nyawa ketika mereka tidur dan gegaran dapat dirasai sejauh pulau Cyprus dan Mesir. - Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad