web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LTSAAS Bakal Jadi Hab Penerbangan Serantau - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 3:00PM

Anthony Loke Siew Fook berkata pembangunan itu akan memberi fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Cadangan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) yang disediakan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 2 Februari lepas setelah mengambil kira pertimbangan yang teliti.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pembangunan itu akan memberi fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder.

Beliau berkata antara perubahan utama yang dicadangkan di dalam pelan itu adalah cadangan untuk memperkenalkan semula penerbangan berjadual serantau menggunakan pesawat jet dan pesawat kargo di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS).

“Sasaran pasaran adalah kumpulan penumpang bisnes ataupun kelas premium dengan memanfaatkan penuh kedudukan LTSAAS yang cukup strategik di tengah-tengah ibu kota.

“Penerbangan berjadual menggunakan pesawat propeller dan turboprop akan dikekalkan berikutan permintaan pasaran terhadap perkhidmatan itu yang dijangka berterusan dan positif,” katanya pada sidang media di LTSAAS di sini, hari ini.

Loke berkata melalui SARP, LTSAAS bakal berubah menjadi sebuah hab penerbangan serantau dengan kapasiti maksimum seramai lapan juta penumpang setahun selain menjana ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata selain itu ia akan memberi rangsangan kepada rantaian industri pengangkutan udara dan industri aeroangkasa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju aeroangkasa di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2030.

Untuk langkah seterusnya Loke berkata MAHB akan merangka seluruh pelan pembangunan semula LTSAAS merangkumi kos keseluruhan projek untuk dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum suku pertama tahun ini berakhir, iaitu kurang daripada dua bulan dari sekarang.

Secara amnya, ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS bakal melibatkan tujuh komponen yang meliputi pusat industri aeroangkasa; pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih; pusat penyelidikan dan pembangunan; operasi penerbangan am; operasi penerbangan bisnes; mobiliti udara bandar dan operasi penerbangan komersial serantau.

Sementara itu mengulas mengenai kerosakan struktur jejambat dan tiang yang retak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya, Loke berkata beliau akan melakukan lawatan di lokasi berkenaan Rabu ini bagi meninjau sendiri perkara itu.

Media sebelum ini melaporkan operasi perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya serta kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, yang menyebabkan gangguan antara dua stesen iaitu Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bermula 27 Januari lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek