web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Buat Tuntutan Dalam Pertikaian Sulu Bukan Waris Sah - Dakwa Datu Omar Ali

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:49PM

Datu Omar Ali Datu Bachtiyal - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang individu yang mendakwa sebagai waris Kumpulan Sulu tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan individu membawa pertikaian Sulu ke Mahkamah Sepanyol kerana mereka bukan waris sah.

Datu Omar Ali Datu Bachtiyal berkata beliau berpandangan tindakan sekumpulan individu itu membawa pertikaian dan proses timbang tara ke Mahkamah Sepanyol juga adalah tidak betul dan tidak sah.

“Pendapat saya, tidak sah sebab kita tahu (fakta waris) ini bercampur, dan kalau kita kaji betul-betul (status mereka) diragui jadi ini (status) tidak benar pada saya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata pertikaian Sulu sebenarnya boleh dirunding dengan baik bersama semua pihak dan proses arbitrasi boleh dilaksanakan menerusi meja rundingan secara damai tanpa melibatkan persengketaan.

“Kita boleh runding…kita cuma mahu apa yang baik bagi kedua-dua pihak, kita pun mahu tolong bangunkan Sabah. Adalah lebih baik kita berbincang dengan Kerajaan Malaysia," katanya.

Datu Omar Ali, 64, berkata beliau langsung tidak pernah dirujuk oleh kumpulan individu terbabit sebelum mereka membawa proses arbitrasi di Mahkamah Sepanyol.

“Tiada komunikasi, we left in the dark, kita pun tidak tahu apa,” katanya yang turut mendakwa mengenali beberapa individu terlibat dan pernah berjumpa mereka sebelum ini.

Menjelaskan dakwaan seorang penuntut dalam pertikaian Sulu (Mahkamah Sepanyol) iaitu Taj Mahal Kiram-Tarsum Nuqui bahawa beliau waris kepada Dayang Dayang Piandao, seorang puteri dan antara pentadbir Kesultanan Sulu pada 1936, Datu Omar Ali berkata ia adalah tidak benar kerana baginda tidak mempunyai zuriat.

“Taj Mahal adalah cucu kepada Tarahata dan bukan kepada Dayang Dayang Piandao. Bila cakap bahawa dia adalah cucu kepada Dayang Dayang Piandao ia adalah satu penipuan. Dayang Dayang Piandao tidak mempunyai anak jadi macam mana beliau mempunyai cucu?” katanya.

Datu Omar Ali mendakwa dirinya merupakan waris daripada salasilah Dayang Dayang Piandao. Dayang Dayang Piandao, yang berkahwin dengan Datu Ombra Amilbangsa, menaiki takhta dan menjadi Sultanah pada 1937 sehingga mangkat pada 1945.

Datu Omar Ali mendakwa bapanya dan Datu Ombra Amilbangsa yang kemudian menjadi Sultan Sulu pada 1937 merupakan sepupu pertama.

Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Mereka membawa perkara tersebut kepada timbang tara Sepanyol pada 2019 dan kemudiannya penimbang tara Dr Gonzalo Stampa yang dilantik oleh kumpulan individu berkenaan membuat keputusan memihak kepada pihak mereka (penuntut).

Keputusan itu digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg. 

Malaysia kemudiannya telah menggunakan semua remedi undang-undang yang ada untuk membatalkan dua anugerah yang diberi oleh Stampa.

Pada 24 Jan lepas, Mahkamah di Luxembourg  telah mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh kumpulan individu tersebut.

Perintah penahanan pada 11 Julai 2022 yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua award timbang tara dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak US$14.92 bilion (RM63.34 bilion).

Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan dirancang oleh penuntut dan  telah mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Stampa dan award yang dikatakan itu.

Mahkamah Perlembagaan Sepanyol juga mengekalkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu selepas menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu  (penuntut) terhadap pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam kes itu.

Mahkamah Perancis juga telah menangguhkan penguatkuasaan ‘final award’ yang diberikan Stampa sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung segala tindakan  perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Sulu: Harap Stampa Terima Hukuman Setimpal - Azalina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Tidak Akan Layan Tuntutan Remeh Mana-Mana Pihak Ke Atas Sabah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad