web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Pergiat Usaha Pupuk Perpaduan Tanpa Mengira Latar Belakang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 3:38PM

Dr Wan Azizah Wan Ismail (lapan, kiri) bersama Dr Mohd Na'im Mokhtar (lima, kanan) menggaul Yee Sang pada Jamuan Muhibah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempergiat usaha mempupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata usaha tersebut selaras dengan konsep Malaysia Madani seperti yang diaspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan perhebatkan usaha dan program untuk memupuk semangat kesatuan, perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya pada majlis Jamuan Muhibah Tahun Baharu Cina anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pusat Belia Antarabangsa, di sini hari ini.

Jamuan yang diadakan sempena sambutan Chap Goh Mei itu turut dihadir isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengenai majlis itu, Mohd Nai'im berkata program menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa seperti itu menjadi bukti manifestasi konsep Malaysia Madani.

Terdahulu, lebih 500 tetamu yang terdiri daripada 200 keluarga komuniti Cina termasuk 100 orang mualaf menghadiri program yang bertujuan mendekatkan YADIM dengan masyarakat khususnya daripada komuniti berkenaan.

Selain jamuan makan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan buku serta pameran.

Sempena program itu, YADIM turut mengadakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan untuk penduduk sekitar Parlimen Bandar Tun Razak. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad