web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Henti Isu Perkauman, Mulakan Perbincangan Jika Anda Mahu Peruntukan Sama’ – Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:00AM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang mesti berbincang dengan kerajaan berhubung agenda parti itu, sebelum menuntut peruntukan sama rata, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Sambil menegaskan bahawa pembangkang masih belum meredakan isu perkauman dicetuskannya, Rafizi menyeru blok itu mengambil langkah ke arah merealisasikan komitmen kerajaan jika mahu melihat elaun sama rata diberikan kepada setiap Ahli Parlimen.

“Semasa pentadbiran sebelum ini, terdapat MoU (memorandum persefahaman) antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan pembangkang (Pakatan Harapan) yang memperincikan perjanjian mengenai beberapa perkara.

“Buat masa ini, pembangkang tidak menangani isu (yang timbul daripada) penggunaan sentimen perkauman.

“Mereka (pembangkang) tidak memulakan sebarang langkah. Mereka hanya duduk dan menunggu segala-galanya diserahkan kepada mereka,” kata Ahli Parlimen Pandan itu kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam Tahun Baharu Cina di parlimennya.

Timbalan Presiden PKR itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peruntukan sama rata kepada ahli parlimen pembangkang, seperti dijanjikan manifesto PH.

Gesaan itu dibuat selepas Anwar mengumumkan bahawa elaun pembangunan Ahli Parlimen akan dikurangkan sebanyak 65 peratus daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Sebagai respons, Rafizi berkata, Kerajaan Perpaduan sekarang tidak terikat dengan mana-mana manifesto gabungan, sebaliknya mengutamakan keadaan ekonomi semasa.

“Pembangkang harus sedar keadaan ekonomi negara sekarang, diwarisi pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Jika kerajaan memotong peruntukan untuk sekolah kerana kita mahu menyediakan pembiayaan sama rata kepada semua Ahli Parlimen, maka rakyat tidak akan gembira.

“Pembangkang boleh melakukan bahagian mereka dengan memulakan perbincangan mengenai isu tertentu, seperti dilakukan PH (dengan MoU), sebelum perkara itu dibawa ke Kabinet,” katanya. – The Vibes, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar