web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sejauh Mana Hasil Pendapatan ‘Menggunung’, Tiang Bendera Tertinggi Sarawak Boleh Membantu Golongan Miskinnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 6:04PM

Ada pihak yang mempersoalkan mengapa kawasan pedalaman Sarawak berada dalam keadaan begitu daif, dengan jambatan rosak, jalan raya teruk, kekurangan bekalan elektrik dan ketiadaan bekalan air terawat sempurna walaupun memperoleh pendapatan tinggi - Gambar ihsan Harry Wing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI – Kebanyakan keluarga di pedalaman Sarawak masih bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja, walaupun kerajaan negeri ‘berbangga’ memberitahu memperoleh hasil pendapatan tertingginya bagi 2022 dan membangunkan projek tiang bendera, kata seorang aktivis tempatan.

Umpama ‘indah khabar dari rupa’, Harry Wing yang berasal dari daerah terpencil, Belaga berhampiran Empangan Bakun berkata, ahli politik di Kuching taksub dengan pencapaian itu, sedangkan realiti kehidupan masayarakatnya adalah berbeza.

“Mereka yang menetap di luar bandar tidak mempunyai wang tunai mencukupi untuk bertahan walaupun beberapa hari, malah pondok kami bocor.

“Keluarga Penan dan Orang Ulu juga tiada pekerjaan dan tidak mendapat bantuan kebajikan daripada kerajaan negeri.

“Semua dakwaan kerajaan negeri mendapat pencapaian tertinggi itu dan ini, tidak menggambarkan keadaan sebenar di luar bandar Sarawak,” katanya kepada The Vibes.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg baru-baru ini memaklumkan, perolehan sebanyak RM11.9 bilion diterima negeri berkenaan pada 2022 menjadi hasil tahunan tertingginya, iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada unjuran awal sebanyak RM10.2 bilion.

Bagaimanapun, Wing mempersoalkan berapa banyak hasil negeri berkenaan disalurkan untuk manfaat rakyat termiskin di Sarawak.

Harry Wing bersama masyarakat Penan di Sarawak Tengah. Wing mempersoalkan berapa banyak hasil negeri berkenaan disalurkan untuk manfaat rakyat termiskin di Sarawak - Gambar ihsan Harry Wing
Harry Wing bersama masyarakat Penan di Sarawak Tengah. Wing mempersoalkan berapa banyak hasil negeri berkenaan disalurkan untuk manfaat rakyat termiskin di Sarawak - Gambar ihsan Harry Wing

“Lihat kos makanan, bahan api dan bahan binaan yang tinggi, malah semakin tinggi setiap masa.

“Jika kerajaan negeri benar-benar kaya, mereka harus menggunakan sebahagian besar hasil untuk mensubsidi harga ini,” kata Wing yang sering berkunjung ke kawasan luar bandar di tengah Sarawak dalam kerjanya sebagai aktivis.

Projek tiang bendera tertinggi bernilai RM30 juta mencetuskan pelbagai pendapat di Sarawak, dengan ahli politik pembangkang mengecam langkah itu sebagai pembaziran dana.

Namun, pegawai kerajaan Sarawak dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, mempertahankan keputusan membangunkan projek tiang bendera setinggi 99 meter itu, dengan mendakwa ia simbol kebanggaan dan tarikan pelancong ke negeri berkenaan.

Pada masa sama, Wing menyuarakan pandangan Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Abun Sui, semalam yang mempersoalkan mengapa kawasan pedalaman negeri berkenaan berada dalam keadaan begitu daif, dengan jambatan rosak, jalan raya teruk, kekurangan bekalan elektrik dan ketiadaan bekalan air terawat sempurna walaupun memperoleh pendapatan tinggi.

Sarawak adalah negeri yang kaya dengan sumber asli, malah Johari berkata, cukai jualannya ke atas produk minyak dan gas serta komoditi lain, menyumbang 84 peratus atau RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai dikutip.

Di bawah angka Pendapatan Garis Kemiskinan bagi 2019, Sarawak disenaraikan sebagai negeri ketiga termiskin di negara ini, selepas Sabah dan Kelantan. – The Vibes, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar