web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Sweden Setuju Teruskan Usaha Perangi Islamofobia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 11:00AM

Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika bertemu Dr Joachim Bergstrom hari ini, susulan insiden membakar naskah al-Quran di Sweden baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Sweden bersetuju meneruskan usaha bersama bagi memerangi Islamofobia dan apa jua bentuk diskriminasi lain, selain meneroka pelbagai cara untuk saling bekerjasama secara toleransi, aman dan damai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu antara yang dipersetujui dalam pertemuannya dengan Duta Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom hari ini, susulan insiden membakar naskah al-Quran di Sweden baru-baru ini.

Katanya dalam pertemuan itu, beliau juga mengulangi kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia mengutuk dan mengecam perbuatan berkenaan, selain menggesa kerajaan Sweden untuk mengambil langkah serta tindakan sewajarnya terhadap pelaku perbuatan keji itu.

Beliau berkata tindakan itu penting bagi memastikan perkara seumpamanya tidak berulang, memandangkan kebebasan bersuara bukan bermakna kebebasan untuk menghina prinsip dan kehormatan sesebuah agama.

“Duta Sweden mengulangi pendirian berkenaan kedudukan kerajaan Sweden berhubung provokasi Islamofobia ini dan perbuatan membakar kitab suci al-Quran merupakan suatu tindakan keterlaluan dan tidak menghormati agama,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurutnya Bergstrom juga memaklumkan kerajaan Sweden akan meningkatkan usaha membendung Islamofobia, perkauman dan diskriminasi melalui pelbagai dasar dan inisiatif dalam mengukuhkan demokrasi.

“Kerajaan Sweden akan berganding bahu di dalam negara dan peringkat antarabangsa untuk menganjurkan dialog antara agama serta keamanan pelbagai kaum,” katanya.

Mohd Na’im berkata perlembagaan kerajaan Sweden juga melindungi hak kebebasan beragama dan kebebasan bersuara dan kedua-duanya adalah perkara asas dalam demokrasi.

Rasmus Paludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark, Stram Kurs dibenarkan membakar al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm pada 21 Jan lepas yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja