web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia-Singapura Perkukuh Kerjasama Perlindungan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 9:12AM

JCM dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura Joseph Leong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) ke-6 mengenai Kerjasama Maklumat dan Komunikasi antara Malaysia dan Singapura hari ini mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, dalam satu kenyataan bersama berkata mesyuarat itu susulan pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.

Dihoskan oleh Malaysia tahun ini, JCM dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura Joseph Leong hari ini.

Menurut kenyataan itu, semasa JCM, Mohammad dan Leong berkongsi perspektif mereka tentang kepentingan pendigitalan ketika ekonomi Malaysia dan Singapura beralih ke fasa endemik COVID-19, serta aktiviti jangkauan awam dan penglibatan setiap kerajaan semasa wabak itu.

“Malaysia dan Singapura sentiasa mengiktiraf JCM sebagai platform berguna untuk meningkatkan kerjasama dua hala, menangani cabaran utama dan yang paling penting, mempercepatkan pemulihan ekonomi berikutan COVID-19.

“Kedua-dua negara berkongsi pandangan bahawa peningkatan penggunaan teknologi digital semasa pandemik menunjukkan peluang untuk meningkatkan ekonomi digital dan meningkatkan capaian ketersambungan korporat dan individu.

“Kesannya, keperluan terhadap ruang dalam talian yang selamat dan terjamin semakin penting,” menurut kenyataan itu, memaklumkan bahawa JCM seterusnya akan dihoskan oleh Singapura pada 2024.

Dalam kenyataan sama, Mohammad berkata Malaysia komited untuk memacu ekonomi digital yang inklusif, progresif, saksama dan mampan untuk kebaikan rakyatnya, kerana yakin ekonomi digital adalah asas penting untuk pemulihan ekonomi dalam tempoh ini.

“Perbincangan mesyuarat mengenai masa depan kerjasama maklumat dan komunikasi digital, serta dalam bidang perlindungan data antara kedua-dua negara, sangat menarik dan produktif, dan kami telah mengorak langkah besar ke arah mencapai visi dan objektif bersama,” katanya.

Sementara itu, Leong berkata Singapura mengalu-alukan kerjasama erat berterusan dengan Malaysia untuk memanfaatkan faedah, dan pada masa sama menangani cabaran, ruang digital yang berkembang, termasuk melalui perbincangannya di JCM dan MoU yang ditandatangani baru-baru ini mengenai perlindungan data peribadi, keselamatan siber, dan ekonomi digital.

“Kami berkongsi minat yang sama dalam mewujudkan ruang dalam talian yang lebih selamat untuk rakyat, memudahkan sambungan rentas sempadan dan aliran data untuk perniagaan kami, dan mengembangkan ekonomi digital kami,” tambahnya.

Bersempena JCM, Malaysia juga akan menganjurkan Muzika Ekstravaganza ke-14 esok, pelbagai penerbitan tahunan bersama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura.

Acara itu akan diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura Josephine Teo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad