web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemudahan Asas, Infrastruktur Daif Masih Jadi Isu Utama Di Sabah Kerana…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 9:00AM

Sekumpulan pelajar dibantu guru dan orang ramai selepas jeti tempat menunggu bot ke sekolah roboh. - Gambar tangkap layar dari Twitter @KlutzyKucing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah kemudahan asas dan infrastruktur di Sabah yang didakwa masih daif bukan disebabkan soal kekurangan peruntukan daripada kerajaan Pusat semata-mata.

Geostrategis, Dr Azmi Hassan berpendapat, masalah tersebut masih menjadi isu utama di negeri itu sehingga hari ini kerana tiada komunikasi efektif antara pihak berkaitan misalnya, ketua kampung dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan terlibat.

“Bukan (sahaja) masalah jeti (roboh), banyak masalah lain yang mana kita lihat kalau sesuatu yang tidak betul berlaku, kita salahkan wakil rakyat. Sebenarnya wakil rakyat itu tanggungjawabnya lebih besar lagi.

“Jadi, kerja seperti berlaku di jeti roboh yang tular baru-baru ini adalah tugas hakiki PBT di tempat berkenaan. Pada pendapat saya, ia isu komunikasi yang tidak efektif,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Azmi Hassan - Gambar Bernama
Azmi Hassan - Gambar Bernama

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempersoalkan infrastruktur di Sabah yang didakwa masih daif, sehingga ‘memperjudikan’ keselamatan pelajar di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Muar itu mendakwa, lebih mengecewakan situasi itu masih berlaku dan nasib golongan terbabit seolah-olah tidak dipedulikan, meskipun Sabah menerima peruntukan lebih RM6 bilion serta gaji menterinya tinggi pada tahun lalu.

Malah, beliau mempertikaikan sampai bila pelajar terbabit perlu berdepan situasi berbahaya itu dan merisikokan nyawa mereka.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas video yang dikongsikan pengguna Twitter, @KlutzyKucing, memaparkan sekumpulan pelajar berpakaian sekolah rendah dibantu beberapa dewasa, dipercayai guru dan ibu bapa untuk dibawa naik ke sebuah bot, selepas jeti dilalui mereka roboh.

Dalam pada itu, Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, Kementerian Pendidikan (KPM), kerajaan negeri dan tempatan perlu mengkaji semula kemudahan infrastruktur untuk pelajar.

Fakhrurrazi Rashid - Gambar fail
Fakhrurrazi Rashid - Gambar fail

Menurut beliau, ini termasuk isu jeti berusia lebih 20 tahun yang tular, wajar dibaik pulih demi keselamatan pelajar terutama di kawasan luar bandar.

“Peruntukan dalam pembangunan infrastruktur ini perlu diterjemahkan dalam Bajet 2023 nanti.

“Ia bukan hanya membina jeti kukuh semata-mata, tetapi peruntukan membina kawasan yang lebih selamat untuk pelajar,” katanya.

Beliau menegaskan, isu keselamatan pelajar merangkumi pelbagai aspek termasuk gangguan seksual dan buli juga perlu dititikberatkan oleh semua pihak dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat kepada semua.

“Ini juga termasuk isu sekolah usang. Ia sudah menjadi fokus bertahun-tahun yang memerlukan penyelesaian segera,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Priya Darshini Damodran berkata, sudah tiba masanya kerajaan Persekutuan membangunkan Malaysia Timur dengan keperluan asas yang lebih baik.

“Kita menikmati keuntungan daripada industri pembalakan, perikanan, minyak dan gas. Sebanyak 60 peratus kakitangan unit beruniform adalah dari Malaysia Timur.

“Sudah tiba masanya kerajaan Persekutuan mula meningkatkan taraf hidup di Sabah dan Sarawak," katanya. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar