web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Acryl Sani Ketua Polis Negara Ke-13

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 12:32PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ke-13 berkuatkuasa 4 Mei ini selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Perlantikan Acryl Sani itu dibuat susulan berakhirnya tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 3 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perlantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara dibuat selepas mendapat persetujuan semua ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) termasuk Abdul Hamid.

Katanya, Abdul Hamid turut menandatangani persetujuan mengangkat Acryl Sani untuk menduduki kerusi nombor satu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selepas proses itu dilakukan, saya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan beliau bersetuju juga.

“Akhirnya Perdana Menteri mengeluarkan surat untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan Alhamdulillah, Acryl Sani diperkenankan untuk diangkat sebagai Ketua Polis Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Ketua Polis Negara Ke-13 di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini. - Getaran, 30 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad