web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menu Rahmah Di Universiti Dalam Masa Terdekat - Mohamed Khaled

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 4:33PM

Pihak KPT sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan program berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan Program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi dalam masa terdekat, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pihak KPT sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan program berkenaan.

“KPT dengan KPDN sedang berbincang mengenai perkara ini, saya rasa (terutama) universiti dalam KPT tiada masalah untuk menempatkan atau menyediakan ruang bagi menjayakan program ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan prapelancaran Universiti UCSI  Kampus Cawangan Antarabangsa di Bangladesh, di sini hari ini.

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata orang ramai kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui Program Menu Rahmah.

Sementara itu, ditanya sama ada KPT akan bekerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan tempat tinggal kepada pelajar bagi menjaga kebajikan, beliau berkata KPT dan Kementerian Kewangan sedang mencari langkah kreatif serta inovatif untuk membiayai penyediaan asrama dalam kampus.

“KPT sentiasa berusaha untuk menambah ruang bagi pelajar duduk di dalam (kawasan) kampus supaya dapat tinggal di asrama…tapi ia makan masa, lebih-lebih dalam keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan yang tidak begitu kukuh bagi kerajaan. Namun Kementerian Kewangan dan KPT memahami masalah ini,” katanya.

Mengulas mengenai majlis prapelancaran, Mohamed Khaled berkata penubuhan kampus Universiti UCSI di Bangladesh adalah bersesuaian dengan rancangan pengantarabangsaan yang diketengahkan oleh KPT.

“Universiti UCSI Kampus Bangladesh akan mengangkat status Malaysia sebagai hab pendidikan global dan inisiatif pascapandemik dan UCSI wajar dipuji. Saya galakkan lebih banyak pihak swasta yang mengikut jejak sama,” katanya.

UCSI Kampus Bangladesh yang berpangkalan di ibu kota Dhaka akan mula beroperasi pada Mei tahun ini dengan menawarkan 24 program ijazah dan sarjana dalam bidang perniagaan, sains komputer, kejuruteraan, seni bina, sains sosial dan reka bentuk.

Kampus itu dijangka memiliki sekitar 5,000 pelajar dalam tempoh tujuh tahun. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad