web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LHDN Dapat Penghakiman Terus Saman Cukai RM1.8 Bilion Terhadap Bapa Jho Low

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:33PM

Mahkamah turut menolak permohonan Low Hock Peng untuk membatalkan saman yang difailkan kerajaan melalui LHDN - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan kembali RM1.8 bilion tunggakan cukai daripada Tan Sri Larry Low Hock Peng, bapa kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan mengenai satu kes tanpa mendengar keterangan saksi.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah yang menyampaikan keputusan itu semalam membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan Hock Peng membayar kos RM3,000.

Mahkamah turut menolak permohonan Hock Peng untuk membatalkan saman yang difailkan kerajaan melalui LHDN.

LHDN diwakili Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad, Al-Hummidallah Idrus dan Muhammad Aiman Abdullah manakala peguam Yatiswara Ramachandran, Francis Tan dan Oh Chong Ghee bertindak bagi pihak Hock Peng.

Pada 24 Mac 2021, kerajaan selaku plaintif memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Hock Peng selaku defendan sebanyak RM1,884,098,662.55 dengan faedah pada lima peratus setahun dari tarikh penghakiman ini (1 Februari) hingga tarikh realisasi dan kos.

Permohonan itu dibuat antaranya atas alasan cukai yang terhutang dan kenaikan-kenaikan yang dikenakan di bawah peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 boleh didapatkan kembali sebagai suatu cukai yang genap masanya dan kena dibayar.

Hock Peng memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 22 Mac 2021, antaranya kerana taksiran-taksiran untuk tahun 2011 dan 2012 serta taksiran tambahan bagi 2013 dan 2014 adalah tidak sah kerana taksiran tersebut dilakukan melebihi lima tahun daripada tahun taksiran ke atas pendapatan yang didakwa telah terakru tanpa mematuhi Seksyen 91 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kerajaan yang memfailkan saman itu pada 19 Januari 2021, mendakwa Hock Peng gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012 dan Tahun-tahun Taksiran Tambahan bagi 2013, 2014, 2015 dan 2018 termasuk kenaikan yang dikenakan berjumlah RM1,884,098,662.55.

Pada 18 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan kembali RM1.05 bilion tunggakan cukai daripada Jho Low. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad