web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Sepanyol Tolak Rayuan ‘Waris’ Sulu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 4:02PM

Menurut Azalina Othman Said, keputusan mengenai kegagalan pihak menuntut dalam proses rayuan itu bermakna Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengesahkan kedudukan Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa (recurso de amparo) yang difailkan oleh sekumpulan individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu.

Rayuan tersebut difailkan untuk mencabar pembatalan berhubung pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian itu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, keputusan mengenai kegagalan pihak menuntut dalam proses rayuan itu bermakna Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengesahkan kedudukan Malaysia.

“Mahkamah Tinggi Kehakiman Madrid (HCJM)  pada mulanya melantik Stampa sebagai penimbang tara untuk pertikaian itu pada 2019.

“Namun pada 29 Jun 2021, mahkamah yang sama membatalkan pelantikan itu yang juga secara retroaktif membatalkan tindakannya sebagai penimbang tara termasuklah 'award' yang diberikannya di Madrid,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, pihak yang menuntut mematuhi pembatalan tersebut dan mengambil langkah melantik penimbang tara lain dan pada masa sama memfailkan rayuan Perlembagaan untuk membatalkan pembatalan berkenaan.

“Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan Perlembagaan difailkan oleh pihak yang menuntut kerana mereka telah menarik balik tuntutan untuk melantik penimbang tara berikutan keputusan pembatalan dan, akibatnya mereka secara sukarela meninggalkan prosiding yang menjadi asas untuk rayuan Perlembagaan mereka.

“Keputusan ini mengesahkan kedudukan undang-undang yang telah ditegaskan Malaysia sejak pertikaian itu bermula, secara berkesan menamatkan strategi kehakiman pihak yang menuntut di Sepanyol,” katanya.

Mengulas lanjut, Azalina menegaskan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara menyebabkan beliau kehilangan kuasa untuk memberikan ‘award’.

Terdahulu Stampa dilaporkan memberikan ‘award’ kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion (RM63.36 bilion) bagi wilayah Sabah.

Dalam pada itu, Azalina berkata, mahkamah Perancis telah menangguhkan penguatkuasaan ‘award’ terakhir Stampa yang dikeluarkan di Perancis, sementara menunggu keputusan cabaran Malaysia untuk mengenepikannya atas alasan penguatkuasaan tersebut boleh mengancam kedaulatan negara di Sabah.

“Tambahan pula, Mahkamah Luxembourg baru-baru ini telah mengetepikan lampiran yang diperoleh oleh pihak yang menuntut berdasarkan dua ‘award’ yang didakwa dikeluarkan Stampa.

“Mahkamah Sepanyol mengesahkan lagi pembatalan pelantikan Stampa yang menyalahi undang-undang sebagai penimbang tara, mendapati beliau tidak pernah mempunyai sebarang kuasa undang-undang untuk bertindak atas kapasiti itu atau mengeluarkan sebarang keputusan dan oleh itu ia adalah terbatal dan tidak sah,” katanya.

Tegasnya lagi, keputusan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol baru-baru ini membuktikan dasar kerajaan untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Malaysia di setiap mahkamah dan forum, menggunakan semua kuasa, hak dan sumbernya untuk memastikan kepentingan negara, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan negara dilindungi setiap masa.

Terdahulu, Azalina memaklumkan pada 24 Januari lalu, Mahkamah Daerah Luxembourg mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lalu.

Beliau berkata, perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad 'Final Award' dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Stampa, masing-masing pada 28 Februari dan 25 Mei tahun lalu serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg.

Katanya, Mahkamah Daerah Luxembourg menerima cabaran Malaysia berdasarkan fakta bahawa pihak yang menuntut, menurut mahkamah, secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka. – Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad