web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemberian Wang Tunai PRU-15: SPRM Soal Siasat 90 Pengundi Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 2:48PM

Menurut sumber SPRM, siasatan itu dibuat susulan daripada video tular yang dikeluarkan semasa tempoh berkempen pilihan raya pada November lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal sehingga 90 individu berhubung wang tunai yang diberikan kepada mereka sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya oleh sebuah parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), baru-baru ini.

Menurut laporan Malaysiakini, memetik sumber SPRM, siasatan itu dibuat susulan daripada video tular yang dikeluarkan semasa tempoh berkempen pilihan raya pada November lalu.

Video itu menunjukkan orang ramai menunggu di hadapan pintu masuk bangunan kononnya mengutip bayaran daripada PAS untuk undi mereka.

Difahamkan, penyiasat SPRM berjaya menjejaki sekurang-kurangnya separuh daripada 90 individu yang didakwa sebagai penerima wang terbabit, dipanggil untuk direkodkan kenyataan mereka.

Individu dalam video yang menyerahkan wang tunai kepada pengundi juga sudah dipanggil untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, laporan itu menyatakan pegawai penyiasat SPRM kini sedang berusaha untuk mendapatkan seramai mungkin saksi bagi memudahkan siasatan.

Menurut sumber, cabaran pembasmi rasuah untuk mendapatkan saksi adalah hakikat bahawa tidak semua mereka menetap di Terengganu dan kebanyakannya terdiri daripada pengundi luar.

Katanya lagi, SPRM sepatutnya dapat menutup siasatan kes tersebut dalam tempoh dua minggu.

Penerima wang tunai, kata sumber, dikenal pasti melalui dokumen yang diperoleh semasa siasatan.

Dokumen tersebut mengandungi butiran mengenai tandatangan serta angkat sumpah.

Video tular semasa tempoh kempen PRU-15 tahun lalu mendakwa PAS terlibat dalam amalan membeli undi, namun dinafikan Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa ia adalah plot parti lawan.

Bagaimanapun bulan lalu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemberian wang tunai yang diagihkan kepada pengundi semasa PRU-15 adalah satu sedekah.

Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa sedekah itu adalah ihsan sumbangan orang ramai dan tidak diagihkan secara langsung oleh calon pilihan raya.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) memfailkan petisyen pilihan raya untuk tiga kerusi Parlimen yang mendakwa berlaku pembelian undi semasa tempoh berkempen termasuk bagi kawasan Marang.

Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS dituduh pelbagai pihak menyeleweng berbilion ringgit wang rakyat semasa menerajui kerajaan Persekutuan untuk membantu membiayai kempen pilihan raya mereka.

SPRM sudah memulakan siasatan berhubung perkara itu, dengan siasatan tertumpu kepada RM92.5 bilion dana kerajaan yang didakwa disalahgunakan pentadbiran terdahulu. – The Vibes, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam