web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilik Syarikat Agensi Pekerjaan Didakwa Pecah Amanah Wang EPK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 1:52PM

Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 2 Mac ini untuk sebutan semula kes - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 48 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang bantuan Elaun Persediaan Kerja (EPK) berjumlah RM30,000.

Fauziah Mustafa, 47, dituduh gagal menyerahkan wang EPK daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM30,000 kepada para pekerja yang telah diambil bekerja melalui syarikat FMZ Worldwide Ventures miliknya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Klebang di sini antara Januari 2021 hingga Mei tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor dan Pegawai Pendakwa Mohd Shafiqzan Suhaimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Maziyah menawarkan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan namun Fauziah memohon jaminan rendah atas alasan menanggung bapanya dan seorang anak perempuan yang masih belajar manakala suaminya menghidap strok ringan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 2 Mac ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pembantu Tadbir Didakwa Lakukan Pengubahan Wang Haram, Pecah Amanah RM15 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah, Ubah Wang Haram Lebih RM9 Juta

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekas KP MEIO Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad