Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah, Ubah Wang Haram Lebih RM9 Juta

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 2:58PM

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan daripada pertuduhan membabitkan pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram bernilai lebih RM9 juta, sejak 2013 hingga 2017.

Hakim Datin Sabariah Othman membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pengarah syarikat pemaju Semenyih Jaya Sdn Bhd, Lau Kok Loon, 80, di akhir kes pendakwaan.

"Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan dokumen yang dikemukakan, mahkamah mendapati elemen pecah amanah gagal dibuktikan apabila keterangan yang dikemukakan gagal menunjukkan tertuduh melakukan pecah amanah terhadap empat keping cek (RM7,608,167.43) yang diamanahkan terhadapnya.

"Secara keseluruhan, elemen-elemen kesalahan telah gagal dibuktikan. Mahkamah mendapati satu kes prima facie telah gagal dibuktikan di bawah kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri," kata hakim itu. 

Sabariah dalam penghakimannya berkata siasatan yang dilakukan tidak lengkap dan banyak maklumat penting telah gagal disiasat, menyebabkan tertuduh dinafikan haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tanpa memprejudiskannya.

"Wang itu dimasukkan ke dalam akaun tertuduh dan seorang lagi penama, Lau Toon Lai. Kegagalan memanggil penama ini menyebabkan beberapa keterangan penting tidak dapat dibuktikan dengan kukuh. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan peguam bahawa pertuduhan dikemukakan adalah cacat dan tidak sah," katanya. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak manakala peguam Lee Keng Fatt mewakili tertuduh. Seramai 10 saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 27 Julai 2020.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang melalui akaun simpanan tetap Hong Leong Bank miliknya, ke akaun simpanan semasa bank sama yang juga miliknya, melalui 34 transaksi pemindahan berjumlah RM9,155,644.23 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hong Leong Bank, cawangan utama Kuala Lumpur, Tingkat 1, Wisma Hong Leong, Jalan Perak, di sini, pada 4 Disember 2013 hingga 19 September 2017, mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lau juga didakwa sebagai pengarah syarikat itu telah melakukan pecah amanah empat keping cek Hong Leong Bank miliknya, yang keseluruhan berjumlah RM7,608,167.43 di Jalan Sungai Besi, Dang Wangi di sini pada 27 Ogos hingga 3 September 2013.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Sukan 18 minit yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 19 jam yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun