Berita Terkini

7 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 7 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 7 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 7 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 12 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Badan Pemantau Hutan Ragui Kerja Pembersihan Di Hutan Simpan Selangor

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 11:05AM

RDP menemui papan tanda yang menunjukkan penebangan hutan adalah untuk memberi laluan kepada laluan kecemasan berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur. – Gambar ihsan RDP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Badan pemantau hutan Malaysia, Rimba Disclosure Project (RDP), meluahkan kebimbangan mengenai kerja pembersihan tanah di hutan simpan Selangor, berkemungkinan memberi laluan kepada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer (km).

Kumpulan itu menunjukkan data berdasarkan imej satelit bertarikh dari akhir tahun 2022 hingga Januari tahun ini, yang menunjukkan penebangan hutan di kawasan hutan simpan Hulu Gombak dan Sedinding.

Semasa kunjungan ke salah satu kawasan pembukaan di Hutan Simpan Sedinding (koordinat: 3.305339, 101.645089), RDP menemui papan tanda yang menunjukkan penebangan hutan adalah untuk memberi laluan kepada laluan kecemasan berkaitan dengan projek ECRL.

Dalam pada itu, papan tanda tersebut menyatakan bahawa China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd merupakan kontraktor utama projek lorong kecemasan ini.

RDP merujuk kepada laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bertajuk Projek Rel Pantai Timur C2 Gombak-Sedinding-Pelabuhan Klang yang masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (DoE).

Imej satelit bertarikh dari akhir tahun 2022 hingga Januari tahun ini, yang menunjukkan penebangan hutan di kawasan hutan simpan Hulu Gombak dan Sedinding.
Imej satelit bertarikh dari akhir tahun 2022 hingga Januari tahun ini, yang menunjukkan penebangan hutan di kawasan hutan simpan Hulu Gombak dan Sedinding.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jika EIA yang dirujuk oleh RDP berkaitan dengan projek yang berbeza, memandangkan penebangan hutan di Hutan Simpan Sedinding melibatkan projek melalui laluan kecemasan.

“Berdasarkan pemahaman saya, EIA diperlukan untuk sebarang kemudahan dalam taman negeri, untuk pembalakan atau penukaran hutan kepada guna tanah lain dalam kawasan bersebelahan atau berhampiran dengan mana-mana taman negeri dan untuk pembinaan laluan kereta api atau laluan baharu.

“Dan jika ia adalah sebahagian daripada projek ECRL, maka kelulusan sekurang-kurangnya perlu disebut dalam EIA ECRL.

“Pihak berkuasa perlu menjelaskan status projek ini.

“Walaupun mereka mempunyai permit, bagaimana mereka boleh meneruskan projek itu jika EIA untuk projek utama masih belum diluluskan?” soal jurucakap RDP, Adam Farhan kepada Vibes.

The Vibes menghubungi talian hotline yang tertera di papan tanda projek berkenaan.

Jurucakap China Communications Construction dalam respons balasnya berkata, syarikat itu memperoleh semua kelulusan dan permit yang diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk meneruskan projek terbabit.

Ketika ditanya sama ada projek itu memerlukan penyediaan EIA dan kelulusan daripada JAS, jurucakap itu berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat daripada pengurusan syarikat berkenaan perkara tersebut.

The Vibes turut menghubungi Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berhubung perkara itu untuk maklumat lanjut dan sedang menunggu jawapannya.

Ketika ditanya sama ada projek itu memerlukan penyediaan EIA dan kelulusan daripada JAS, jurucakap itu berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat daripada pengurusan syarikat berkenaan perkara tersebut.
Ketika ditanya sama ada projek itu memerlukan penyediaan EIA dan kelulusan daripada JAS, jurucakap itu berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat daripada pengurusan syarikat berkenaan perkara tersebut.

Pada 21 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kos keseluruhan untuk menyiapkan projek ECRL kini berjumlah RM74.96 bilion, iaitu RM11.01 bilion lebih rendah daripada harga yang ditetapkan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan projek pembinaan sistem rel sepanjang 665 km dari Kota Baru di Kelantan ke Pelabuhan Klang di Selangor.

Katanya, ia akan melibatkan pengurangan kos yang tidak akan membawa banyak perubahan bagi mengelak penangguhan dan merumitkan kerja serta rundingan sedia ada.

Jumlah kos pembangunan asal (TDC) projek itu ketika dilancarkan pada 2017 berjumlah RM85.97 bilion.

Kementerian Pengangkutan menjelaskan pada 22 Disember lalu bahawa penjimatan dalam TDC disumbangkan oleh antara lain, jajaran landasan di Seksyen C melibatkan jajaran Temerloh, Sedinding-Pelabuhan Klang.

Ujarnya lagi, projek itu sudah dinaik taraf untuk perkhidmatan penumpang dan kargo. – The Vibes, 2 Februari 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Saksi Pemeteraian MoU Antara Syarikat Malaysia-Arab Saudi

Sukan 1 hari yang lalu

Penggusti APAC Sedia Bersaing Dengan Jaguh Dunia Di Jepun Dan AS

Semasa 11 jam yang lalu

Pakej Rahmah Haji Tawar Harga Bawah RM50,000

Semasa 17 jam yang lalu

PM Anwar Ucap Selamat Hari Polis Ke-216