web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat sedikit pagi ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 11:09AM

Bilangan mangsa banjir meningkat kepada 758 orang daripada 220 keluarga di 15 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 690 orang daripada 204 keluarga malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat sedikit daripada 1,666 orang malam tadi kepada 1,735 pagi ini. 

Di SABAH, bilangan mangsa meningkat kepada 758 orang daripada 220 keluarga di 15 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 690 orang daripada 204 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan mangsa teramai ialah di Telupid dengan 425 orang daripada 120 keluarga yang dipindahkan ke lapan PPS.

“Seramai 123 orang daripada 46 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Paitan, di Beaufort seramai 118 orang daripada 33 keluarga di satu PPS, di Beluran seramai 47 orang daripada sembilan keluarga di dua PPS dan Lahad Datu seramai 45 orang daripada 12 keluarga di satu PPS.

“Mangsa banjir di Paitan dan Beluran dijangka meningkat manakala daerah lain dijangka kekal,” menurut kenyataan itu.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di tiga daerah meningkat sedikit kepada 977 orang setakat 8 pagi ini berbanding 976 malam tadi. 

Sekreteriat JPBN memaklumkan sebanyak 10 PPS yang menempatkan 273 keluarga masih beroperasi di Batu Pahat, Kota Tinggi dan Segamat. 

"Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 873 orang, diikuti Segamat (63) dan Kota Tinggi (41),” menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 18.75 meter dan menunjukkan trend peningkatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam