web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komposisi Satu Pertiga Kerusi Parlimen Untuk Sabah, Sarawak Masih Dibincang - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 9:14AM

Fadillah Yusof - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan komposisi satu pertiga kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), masih di peringkat perbincangan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat membabitkan pelbagai pihak, termasuk tiga jawatankuasa utama, iaitu Jawatankuasa Urusetia MA63; Jawatankuasa Teknikal MA63 dan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63.

Katanya, Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan beliau sendiri akan membincangkan perkara MA63 berdasarkan topik, selain memberikan keutamaan kepada isu tidak melibatkan masalah undang-undang mahupun teknikal mendalam.

“Apabila diputuskan di peringkat teknikal, barulah ia dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaan untuk kelulusan terakhir, supaya dibawa ke Kabinet dan akhirnya ke kementerian untuk membuat pindaan kepada segala undang-undang berkaitan.

“Jadi proses itu masih panjang. Kita juga kena dapatkan persetujuan Kabinet, lepas itu dibawa ke Parlimen dan Parlimen pula memerlukan persetujuan dua pertiga. Kalau tidak dipersetujui, maka ia tidak boleh lulus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program temu bual Naratif Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, agihan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak penting.

Ujarnya, ia bagi memastikan Semenanjung tidak akan dapat meminda Perlembagaan yang mungkin melenyapkan atau menghilangkan hak dua wilayah berkenaan seperti termaktub dalam MA63.

“Mengapa kerusi 30 peratus mesti diagihkan kepada Sabah dan Sarawak, (kerana) kalau (pinda) Perlembagaan, ada perkara mesti diputuskan dengan dua pertiga, (dan) jika (negeri-negeri) Semenanjung semua bergabung nak batalkan hak Sabah dan Sarawak, ia boleh dilaksanakan di Parlimen tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak, sebab itu ia (komposisi kerusi bagi Sabah dan Sarawak) dituntut,” katanya.

Selain tuntutan agihan kerusi Parlimen, beliau juga menjelaskan aspek penyerahan kuasa mengenai hal ehwal pendidikan dan kesihatan, seperti termaktub dalam MA63 masih di peringkat perbincangan.

Berhubung slogan ‘Sarawak First’, Fadillah berkata, ia diwujudkan bagi mengembalikan semangat rakyat Sarawak untuk membina serta membangun bersama Malaysia dan meskipun wujud ‘suara’ untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia, kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk kekal dalam negara ini.

Menyentuh mengenai Malaysia Madani, Fadillah berkata, konsep dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sahaja untuk mengukur pembangunan daripada aspek ekonomi serta fizikal, tetapi juga memberikan manfaat dalam konteks insaniah.

“Ia supaya (Malaysia Madani) menjadi satu budaya apabila pembangunan bukan sahaja daripada konteks fizikal, tetapi bagaimana manfaatnya kepada konteks insaniah,” katanya. – Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad