web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


QRT Imigresen Mampu Atasi Kesesakan Kemasukan Pelancong Di KLIA, KLIA2

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 8:20PM

Khairul Dzaimee meninjau keadaan di kaunter imigresen KLIA hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Penempatan 30 anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, mampu mengatasi isu ‘kesesakan’ pelancong asing di pintu masuk negara serta mempercepatkan urusan berkenaan.

Hal itu terbukti apabila seramai 780 pelancong diberi pelepasan masuk ke Malaysia dalam tempoh satu jam pada hari pertama penugasan pasukan terbabit hari ini, berbanding kebiasaannya 495 orang.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, daripada jumlah petugas itu, seramai 12 orang ditempatkan di kaunter KLIA, bagi membantu pegawai lain ketika waktu puncak.

Menurutnya, QRT yang disertai 30 petugas itu, dibahagikan kepada dua pasukan, masing-masing di KLIA dan KLIA2 terdiri dari kumpulan pegawai bertugas di sektor operasi serta lain-lain perkhidmatan sokongan yang sudah diberikan pendedahan dan latihan.

Keadaan di KLIA yang sesak dengan pengunjung asing. - Gambar oleh Azim Rahman
Keadaan di KLIA yang sesak dengan pengunjung asing. - Gambar oleh Azim Rahman

“Pasukan QRT ini akan bertugas pada waktu puncak bermula jam 2 petang sehingga 8 malam, membabitkan 26 kaunter di KLIA. Faktor kesesakan waktu puncak ini disebabkan pemeriksaan ketat terhadap pelawat asing dari negara berisiko tinggi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan QRT di KLIA di sini, hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, inisiatif QRT itu juga akan dilaksanakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Imigresen dan Kastam Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 6 Februari ini.

Katanya, ia selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pada masa ini, seramai 40 pegawai dari sektor operasi sedang menjalani latihan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan.

Beliau berkata, faktor kesesakan lain di kaunter Imigresen KLIA adalah ketibaan penerbangan setiap lima hingga 10 minit atau antara 26 dan 27 penerbangan dalam tempoh empat jam pada waktu puncak, selain kaunter tidak beroperasi secara optimum.

“Statistik kemasukan pelancong asing pada tahun lalu, merekodkan seramai 5,778,393 orang dengan anggaran bulanan seramai 481,532 orang atau harian 16,051 orang dan 668 setiap jam,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri dilapor mengarahkan penambahan anggota Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) serta-merta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor.

Keadaan di kaunter imigresen KLIA hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Keadaan di kaunter imigresen KLIA hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Arahan tersebut dikeluarkan sebagai langkah menyelesaikan isu kesesakan di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairul Dzaimee memaklumkan, statistik kemasukan pelancong warga asing ke negara ini mencatatkan seramai 495,210 orang sehingga 31 Januari lalu.

Jelasnya, anggaran harian bagi pelancong warga asing yang masuk adalah seramai 15,975 dan 666 orang per jam.

Selain itu, beliau berkata, inisiatif menangani kesesakan di KLIA turut diperluas melalui kemudahan pintu automatik kepada pemegang pas jangka panjang yang dilancarkan pada 15 November lalu.

Ujarnya, sehingga 29 Januari lalu, seramai 15,708 pelawat Pemegang Pas Jangka Panjang sudah menggunakan kemudahan pintu automatik di KLIA. - Getaran, 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini