web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembaikan Jajaran LRT Laluan Ampang Dijangka Selesai Dalam 2 Minggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 5:37PM

Anthony berkata kerosakan struktur tersebut akan dibaiki oleh PRASARANA bersama perunding yang telah dilantik, dalam kadar segera. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Kementerian Pengangkutan (MOT) menjangkakan kerja-kerja pembaikan jajaran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Ampang berdekatan stesen Bandaraya yang mengalami kerosakan struktur, selesai dalam tempoh dua minggu untuk fasa pertama.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata kerosakan struktur tersebut akan dibaiki oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) bersama perunding yang telah dilantik, dalam kadar segera.

“Proses pembaikan akan melibatkan dua fasa iaitu fasa pendek dalam tempoh dua minggu untuk dipastikan ada pembaikan dan struktur itu selamat digunakan, manakala fasa panjang pula untuk memastikan struktur itu kukuh,” katanya selepas merasmikan pembukaan gudang baharu Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd, di sini hari ini.

Loke berkata pembukaan kedua-dua stesen yang terlibat iaitu Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek hanya akan dilakukan sekiranya didapati laluan berkenaan selamat digunakan oleh pengguna. 

“Kita tiada pilihan kerana ini melibatkan isu keselamatan. Jadi, saya memohon maaf kepada pihak penumpang. Saya tahu dan banyak terima laporan serta akan memantau pergerakan projek pembaikan ini.

“Bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna, kita telah menggerakkan 200 kakitangan Prasarana untuk melancarkan operasi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.

Dalam pada itu, Loke berkata kementerian menyokong penuh konsep laluan khas atau ‘blue lane’ kepada penunggang motosikal seperti yang disyorkan pakar keselamatan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian dalam kalangan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaan tersebut memerlukan pelaburan besar terutama sekiranya dilakukan di lebuh raya dan jalan Persekutuan, selain kerja pembinaan dan menaik taraf jalan raya itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Bukan satu cadangan baharu dan saya pernah mendengarnya sebelum ini, memang satu cadangan baik. Kementerian Pengangkutan memang menyokongnya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar