web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsep Malaysia Madani Langkah Pacu Pembangunan Negara - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 9:10AM

Ahmad Zahid berkata pada pandangannya konsep 'Malaysia Madani' perlu dilakukan bukan secara evolusi, tetapi dengan segera. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsep 'Malaysia Madani' adalah langkah negara melakukan anjakan paradigma bagi memacu pembangunan negara ini seiring dengan negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada pandangannya konsep itu perlu dilakukan bukan secara evolusi, tetapi dengan segera.

"Sebab dalam situasi dunia yang makin berubah dengan pelbagai sistem komunikasi dan teknologi yang cepat bertukar, tentunya kita tidak harus ketinggalan untuk berada di garisan hadapan bagi memacu pembangunan.

"Jadi yang penting bukan hanya pembangunan fizikal, saya sebutkan di banyak tempat bahawa harus ada perimbangan soal rohani dengan dengan soal lahiriah, disebut physical happiness dan spiritual happiness supaya berlaku perimbangan antara duniawi dan ukhrawi," katanya pada Temu Bual Eksklusif Bernama Radio bertajuk "Jiwa Pejuang, Cerminan Madani" di sini malam tadi.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya langkah yang beliau akan lakukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam membawa dan menerapkan konsep berkenaan dalam jiwa anak muda. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memperkenalkan konsep 'Malaysia Madani' sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Konsep Madani itu berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. - Bernama
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad