web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengenalan Cukai Baharu Pilihan Terakhir, GST Tidak Dibincangkan - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:52PM

Ahmad Maslan memberitahu, pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam pembentangan semula Bajet 2023 akan datang tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan perpaduan yang baru ditubuhkan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengenalan cukai baharu akan menjadi pilihan terakhir kerajaan untuk menjana pendapatan tambahan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini.

Beliau menegaskan, usaha sebaliknya akan tertumpu kepada alternatif bukan cukai.

“Di Kementerian Kewangan, tugas kita ialah mencari sebanyak mungkin hasil untuk dikembalikan kepada rakyat. Adakah ia akan menerusi cukai baharu? Itu pilihan terakhir kita,” katanya pada sesi dialog Bajet 2023 di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam pembentangan semula Bajet 2023 akan datang tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan perpaduan yang baru ditubuhkan, walaupun terdapat cadangan daripada pelbagai pihak.

“Apabila kita (kerajaan) mahukan GST, kita menerima tentangan daripada rakyat. Pada masa yang sama, rakyat mahukan lebih banyak wang. Jadi, kita dalam dilema.

“Apa pun, saya ingin memaklumkan bahawa belum ada sebarang keputusan mengenai GST. Malah, sejak kerajaan perpaduan ditubuhkan, kami tidak membincangkannya, walaupun niat cukai itu baik.”

Ketika diminta menghuraikan komennya pada sidang media selepas itu, Ahmad berkata: "Kami belum pasti lagi sama ada akan ada cukai baharu, tetapi yang pasti GST tidak pernah dibincangkan."

Pemimpin UMNO itu mengakui bahawa GST adalah isu sensitif bagi rakyat, sekali gus bermakna kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk memberi fokus terhadap sebarang kemungkinan memperkenalkan semula cukai kontroversi itu.

Beliau berkata antara lain, kerajaan perlu mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai tentang keperluan GST sebelum ia boleh dipertimbangkan untuk pelaksanaan semula.

“Sudah menjadi fitrah manusia kita tidak suka membayar cukai. Oleh itu, pendidikan mengenai cukai adalah perlu, untuk memberikan mereka maklumat kritikal.”

Ditanya apakah alternatif yang sedang dilihat kerajaan untuk menjana pendapatan, Ahmad berkata, tiga formula utama telah dikenal pasti, termasuk memberi lebih fokus kepada tender terbuka berbanding rundingan terus.

Kaedah kedua, katanya, adalah memastikan penguatkuasaan yang lebih baik oleh pihak berkuasa bagi memastikan hasil yang berpotensi tidak hilang melalui ekonomi bayangan (shadow economy), manakala langkah terakhir adalah menggalakkan orang ramai membayar cukai melalui nasihat berbanding mengambil tindakan tegas.

Ahmad menambah, berdasarkan statistik terkini yang diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, secara purata, hanya tiga juta daripada keseluruhan penduduk Malaysia dan 400,000 daripada lebih satu juta perusahaan kecil dan sederhana, membayar cukai setiap tahun.

“Kami berharap dapat meningkatkan angka ini kerana pembayar cukai sebenarnya membantu membangunkan negara. Jadi, mereka patut berbangga untuk membayar cukai,” katanya.

Bajet 2023 akan dibentangkan semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari. 

Rang undang-undang perbekalan asal dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu, hanya beberapa hari sebelum pembubaran Parlimen. – The Vibes, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran