web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Komited Tangani Jurang Kritikal Kecemasan Kesihatan - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 8:13PM

Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pihak lain bagi menangani jurang kritikal yang kekal dalam pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan kesihatan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pihak lain bagi menangani jurang kritikal yang kekal dalam pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika berucap pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-152 di Geneva, Switzerland berkata ia termasuk mengukuhkan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan potensi pindaan di samping sumbang saran pada mesyuarat Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB).

“Malaysia percaya bahawa sasaran pindaan yang dicadangkan akan meningkatkan lagi keselamatan kesihatan global berkenaan dengan prinsip ekuiti, akauntabiliti dan ketelusan serta proses kedaulatan negara anggota.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesediaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR), Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan ahli-ahli,” katanya.

Teks ucapan beliau disediakan kepada Bernama hari ini.

Menurut laman web rasmi WHO, IHR menyediakan rangka kerja perundangan menyeluruh yang mentakrifkan hak dan kewajipan negara dalam mengendalikan acara kesihatan awam dan kecemasan yang berpotensi merentas sempadan.

Dr Zaliha turut menegaskan betapa seriusnya wabak Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang semakin meningkat di semua negara, dan satu daripada ancaman penyakit terbesar di Wilayah Pasifik Barat menyumbang 87 peratus daripada keseluruhan kematian pada 2019.

Mengenai pembedahan global, Dr Zaliha berkata adalah penting bagi negara anggota untuk meneroka penyatuan sumber dari segi aset, latihan kedua-dua pakar bedah dan bukan doktor, ubat-ubatan dan bekalan. 

“Malaysia berbesar hati untuk menganjurkan acara sampingan pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-76 pada Mei depan. Kami mengalu-alukan sokongan rakan-rakan ahli Lembaga Eksekutif dan mengharapkan pandangan inovatif mengenai pengukuhan sistem penjagaan pembedahan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar