web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bilakah Kamera Badan Polis Akan Dikuatkuasakan? - MP Kepong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 4:20PM

Lim Lip Eng menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan pihak polis di Pulau Pinang yang menyerbu sebuah pertunjukan muzik di sebuah kafe dan pusat hiburan kecil-kecilan di Georgetown - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memberi penjelasan segera berhubung penguatkuasaan penggunaan kamera badan untuk anggota polis.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, beliau masih tertanya-tanya bila peranti itu akan mula digunakan.

Menurut Lip Eng, pembelian alatan-alatan berkenaan oleh pihak polis sudah dijadualkan pada 2021.

"Kini sudah pun tahun 2023. Bilakah perkara ini akan dikuatkuasakan? 

"Ini adalah isu penting yang perlu dititik beratkan memandangkan kerajaan baharu ini mengutamakan reformasi dalam badan kepolisian," katanya.

Lip Eng menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan pihak polis di Pulau Pinang yang menyerbu sebuah pertunjukan muzik di sebuah kafe dan pusat hiburan kecil-kecilan di Georgetown.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis selain daripada menahan pengusaha kafe, turut mengambil tindakan sama ke atas tiga pengunjung kerana didapati merakam pergerakan pihak berkuasa.

Lip Eng mendakwa, penangkapan tiga pengunjung terbabit disifatkan sebagai tindakan yang menekan orang awam. 

“Perbuatan merakam yang dianggap 'mengganggu tugas pihak berkuasa' pula sangat subjektif dari segi undang-undang,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau memberitahu, Peguam Negara perlu menjelaskan apakah rasional di sebalik larangan merakam operasi pihak berkuasa yang dijalankan secara terang-terangan. 

"Di dalam kes ini, mengapakah semua individu itu ditangkap hanya kerana mengambil rakaman keadaan yang berlaku? 

"Bukanlah lebih baik agar operasi yang dijalankan pihak berkuasa tidak dilakukan secara rahsia (clandestine)?" soalnya.

Perkara seperti itu jelas Lip Eng, sewajarnya ditunjukkan kepada awam atas dasar ketelusan di dalam menjalankan tugas.

"Sekiranya orang awam tidak dibenarkan merakam, adalah lebih bagus agar kamera badan  dipasang ke atas pihak polis yang menjalankan tugas," katanya lagi. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad