web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAIPS, Majlis Agama Islam Pertama Terima Anugerah Presiden MIP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 11:43AM

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjadi majlis agama Islam pertama di negara ini yang menerima Anugerah Presiden sempena Majlis Anugerah Perancangan Cemerlang daripada Institut Perancang Bandar Malaysia (MIP) baru-baru ini.

MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini menyebut anugerah tersebut diterima melalui inisiatif Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis yang dinobatkan projek transformasi berimpak tinggi membantu komuniti.

“’Usaha murni tersebut dijayakan oleh pihak MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK), pelbagai agensi negeri dan Persekutuan, pihak swasta serta individu perseorangan termasuklah anggota masyarakat setempat,” menurut kenyataan tersebut.

Penyerahan trofi dan sijil anugerah berkenaan telah dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs dan juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis sebelum Persidangan MAIPs 2023, semalam.

Menurut kenyataan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor telah hadir menerima anugerah berkenaan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohd Nazim berkata anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna bagi MAIPs dan merupakan inisiatif dan teraju Tuanku Raja Muda Perlis sendiri dan puteri sulung baginda Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail yang sentiasa komited dalam memastikan Projek DiRaja berkenaan menjadi kenyataan.

 “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama MAIPs dan YTSP Perlis secara langsung mahupun tidak langsung khususnya kepada para penaja dan juga masyarakat setempat dan berharap sokongan padu tersebut akan berterusan di masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Masjid Di Perlis Dibuka Sepenuhnya Pada Rabu Dengan SOP Ketat

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Individu Rentas Negeri Tidak Dibenarkan Hadir Solat Sunat Aidiladha Di Perlis

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Perlis Benarkan Solat Jemaah Di Masjid Dengan SOP Ketat

4

Semasa 5 tahun yang lalu

Perlis Benarkan Solat Tarawih Di Masjid Dan Surau Sepanjang Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan