Berita Terkini

6 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 6 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 6 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 6 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 11 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Kami Tidak Lakukan Kekerasan: Hizbut Tahrir Malaysia Nafi Ancam Keselamatan Negara

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:12AM

Jurucakap Hizbut Tahrir menegaskan, demokrasi muncul dari Barat dan bertentangan dengan prinsip Islam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Gerakan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) menyifatkan dakwaan operasi kumpulan itu mengancam keselamatan negara sebagai tuduhan tidak berasas.

Jurucakap HTM, Abdul Hakim Othman mengulangi prinsip tanpa kekerasan kumpulan itu, menunjukkan bahawa organisasi itu tidak mempunyai sejarah keganasan sejak penubuhannya di Palestin pada awal 1950-an.

Beliau menegaskan, demokrasi muncul dari Barat dan bertentangan dengan prinsip Islam, yang mana HTM ingin mendasarkan tadbir urusnya.

Hakim berkata demikian bagi menjawab artikel yang disiarkan The Vibes kelmarin, di mana pakar memerangi keganasan berpendapat ideologi HTM boleh mengancam demokrasi Malaysia, memandangkan kumpulan itu sudah dibatalkan pendaftarannya di Indonesia selepas mendapati prinsipnya tidak mengikut Perlembagaan.

“Dakwaan yang mengatakan HTM mengancam keselamatan negara hanyalah tuduhan berunsur fitnah dan rekaan semata-mata.

“Barat dan mereka yang menentang Islam tidak memihak kepada Hizbut Tahrir, (dan oleh itu mereka) membuat dakwaan ini untuk mencemarkan nama organisasi itu,” katanya The Vibes.

Beliau menegaskan bahawa Hizbut Tahrir beroperasi secara aman di Indonesia selama kira-kira tiga dekad sebelum kumpulan itu dibatalkan pendaftaran, satu tindakan yang disifatkannya sebagai tidak demokratik.

Menurut Hakim, dalam konteks Malaysia, mereka yang kelihatan memperjuangkan prinsip demokrasilah yang menimbulkan ancaman kepada konsep tersebut.

“Di Malaysia, sejak Langkah Sheraton, negara menyaksikan dua Perdana Menteri dilantik dengan cara yang tidak demokratik.

“Walaupun mereka tidak dilabel anti-demokratik, realitinya ialah langkah itu dengan sendirinya tidak demokratik,” katanya.

Takut hukum Islam kerana penyelewengan

Walaupun melabelkan pelaku Langkah Sheraton sebagai tidak demokratik, Hakim menjelaskan HTM berusaha untuk melaksanakan pemerintahan Islam melalui peraturan khilafah Islam.

“Dalam demokrasi, kedaulatan adalah pada rakyat yang membolehkan mereka membuat undang-undang tanpa campur tangan agama.

“Dalam Islam, kedaulatan adalah milik syariah, yang bermaksud hak membuat undang-undang adalah milik Allah.

“Namun, kami mahu jelaskan walaupun kami katakan demokrasi bertentangan dengan Islam, kami tidak bermaksud orang Islam menjadi ‘kafir’ jika mengamalkan demokrasi,” katanya.

Ditanya sama ada sistem khalifah Islam akan berada dengan baik di negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Hakim berkata, ketakutan kebanyakan orang bukan Islam terhadap sistem pemerintahan Islam berpunca daripada maklumat yang salah.

Hakim berkata, beliau menyedari wacana mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia, tetapi menegaskan isu itu dipolitikkan sekali gus membantutkan wacana intelektual berhubung perkara berkenaan.

“Wacana mengenai hukum hudud tidak dilakukan secara betul dan meluas, (dan dilakukan) dengan kesilapan mempolitikkan perkara itu.

“Mereka tidak membincangkan undang-undang itu sendiri ... kepentingan politik mereka lebih ketara.

“Malah, terdapat sistem di bawah tadbir urus Islam untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan keadilan, yang membolehkan badan kehakiman bertindak sebagai semak dan imbang terhadap khalifah dan pegawainya,” katanya lagi.

Fatwa tidak berasas, monarki tidak terancam

Johor mengeluarkan fatwa (hukum perundangan Islam) terhadap HTM yang menyatakan fahaman kumpulan itu bercanggah dengan prinsip Islam Sunni, manakala Jawatankuasa Fatwa Selangor menyifatkan kumpulan tersebut sebagai sesat.

Hakim bagaimanapun mendakwa fatwa itu dikeluarkan atas perbalahan tidak berasas, sambil menambah HTM sudah mengemukakan hujah balas terhadap dakwaan dalam keputusan ini.

“Kalau baca fatwa Johor, mereka dakwa HTM mengancam keselamatan negara.

“Tetapi perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara bukan untuk jawatankuasa fatwa, tetapi polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Selama HTM wujud, kami tidak pernah ada masalah dengan polis, dan mereka sentiasa membantu kami apabila kami melakukan demonstrasi.

“Polis amat mengenali HTM sebagai pertubuhan politik tanpa kekerasan,” katanya.

Ditanya sama ada ideologi mereka boleh menimbulkan ancaman kepada sistem raja berperlembagaan Malaysia, Hakim berkata, pemerintah di Malaysia beragama Islam dan tidak perlu takut, kerana ideologi HTM berasaskan Islam.

“Raja kita semuanya beragama Islam, dan gesaan HTM semuanya berlandaskan Islam.

“Jadi tiada sesiapa pun, jika mereka beragama Islam, harus merasa terancam,” katanya.

Sementara itu, Hakim juga menyentuh tentang kemungkinan pengharaman HTM kepada kumpulan itu, sebagai reaksi kepada operasi Hizbut Tahrir di Indonesia selepas dibatalkan pendaftarannya.

Menafikan dakwaan bahawa anggota Hizbut Tahrir dipaksa beroperasi melalui bawah tanah, beliau berkata, individu daripada kumpulan itu meneruskan operasi mereka secara terbuka.

Jelasnya, walaupun kumpulan itu tidak boleh menggunakan nama Hizbut Tahrir di Indonesia, kegiatan mereka disiarkan dengan baik di media massa.

“Ia perkara yang sama di Malaysia, walaupun sedikit berbeza, kerana kami tidak berjaya mendaftarkan diri sebagai parti politik.

“Kami tidak pernah bekerja melalui bawah tanah di Malaysia, dan semua seminar dan demonstrasi kami didedahkan kepada umum.

“Malah, memorandum kami diterima oleh pejabat kerajaan di Putrajaya sebelum ini termasuk Pejabat Perdana Menteri,” katanya. - The Vibes, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hizbut Tahrir Tak Promosi Keganasan, Tapi Malaysia Perlu Berhati-Hati

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Terbuka Adakan Perbincangan Semula Pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

Semasa 18 jam yang lalu

Syarikat Korporat, Individu Disaran Selaraskan Bantuan Ramadan, Aidilfitri

Semasa 10 jam yang lalu

Pakej Rahmah Haji Tawar Harga Bawah RM50,000

Semasa 15 jam yang lalu

Sultan Johor Titah Cadangkan Tanah Orang Asli Dijadikan Tanah Kesultanan