web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hizbut Tahrir Tak Promosi Keganasan, Tapi Malaysia Perlu Berhati-Hati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 1:53PM

Pakar Anti Keganasan turut memberi amaran supaya Malaysia tidak memandang ringan kehadiran HT selepas beberapa ahli organisasi tersebut dikesan menyertai demonstrasi di depan Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur baru-baru ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Hizbut Tahrir (HT) tidak mempromosikan keganasan, walaupun pertubuhan itu sudah diharamkan di beberapa negara antaranya Bangladesh, China dan Indonesia serta sebahagian besar negara Arab kecuali Lubnan, Yaman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pakar Anti Keganasan turut memberi amaran supaya Malaysia tidak memandang ringan kehadiran HT selepas beberapa ahli organisasi tersebut dikesan menyertai demonstrasi di depan Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur baru-baru ini.

HT dikategorikan sebagai kumpulan Islam fundamentalis yang mahu mengembalikan pemerintahan khalifah dengan penyatuan negara-negara Islam.

Pakar Forensik Keganasan Universiti Indonesia, Zora A Sukabdi berkata, Malaysia masih perlu berhati-hati dengan kumpulan tersebut.

Jelasnya, walaupun HT menolak sebarang elemen keganasan, ia diharamkan di Indonesia kerana matlamat organisasi tersebut mengancam Perlembagaan negara berkenaan.

“HT mungkin tidak melakukan keganasan secara fizikal tetapi ia melanggar prinsip demokrasi dan ia adalah simbolik keganasan.

“Terdapat dua jenis keganasan, iaitu simbolik yang bersifat pasif dan terselindung serta fizikal yang melibatkan keganasan secara aktif dan terang-terangan,” katanya kepada The Vibes. 

Zora A Sukabdi berkata walaupun HT menolak sebarang elemen keganasan, ia diharamkan di Indonesia kerana matlamat organisasi tersebut mengancam Perlembagaan negara berkenaan - Tangkapan layar
Zora A Sukabdi berkata walaupun HT menolak sebarang elemen keganasan, ia diharamkan di Indonesia kerana matlamat organisasi tersebut mengancam Perlembagaan negara berkenaan - Tangkapan layar

Tegasnya, terdapat percanggahan dalam gerakan HT iaitu kumpulan tersebut menentang demokrasi, tetapi tidak pula menolak daripada menggunakan platform demokrasi yang tersedia di negara bersistem demikian.

Beliau berkata, kehadiran HT di Malaysia juga agak membingungkan memandangkan terdapat sistem perundangan syariah di negara ini.

“Indonesia dilihat sebahagian besar orang Islam sebagai sebuah negara sekular, tetapi Malaysia dan Brunei mempunyai undang-undang syariah selain sistem perundangan sivil.

“Justeru, kehadiran HT di Malaysia membingungkan pakar di Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penentangan secara terbuka terhadap kumpulan itu mungkin akan menyebabkan ahli-ahli bergerak secara rahsia.

Beliau berkata, susulan pengharaman oleh kerajaan Indonesia, HT akan kecewa dan mula bergerak secara rahsia dan mengumpul senjata namun ia kini dipantau agensi perisikan negaranya.

“Tetapi adalah lebih baik mengharamkan saja mereka daripada menjejaskan kestabilan sosiopolitik dan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Persatuan Antarabangsa Anti Keganasan dan Keselamatan Indonesia, Rakyan Adibrata berpendapat, walaupun HT tidak menggunakan sebarang keganasan, namun mereka berkongsi ideologi dengan organisasi pengganas lain.

Rakyan Adibrata menegaskan, pihak berkuasa Indonesia juga telah mengambil tindakan terhadap individu yang dikaitkan dengan TH atas tindakan keganasan - Tangkapan layar
Rakyan Adibrata menegaskan, pihak berkuasa Indonesia juga telah mengambil tindakan terhadap individu yang dikaitkan dengan TH atas tindakan keganasan - Tangkapan layar

Beliau menegaskan, pihak berkuasa Indonesia juga telah mengambil tindakan terhadap individu yang dikaitkan dengan TH atas tindakan keganasan.

“Untuk rekod, seramai 25 individu terbabit dengan tindakan keganasan dan 10 daripadanya adalah warga asing yang telah dihantar pulang.

“Semua mereka dikaitkan dengan ideologi HT,” katanya. 

Beliau juga memberi amaran, berdasarkan pengalaman di negaranya, HT berpotensi mempunyai modus operandi sama di Malaysia.

Menurut Pengarah Rangkaian Anti Keganasan Nordic (NCTN) di Finland, Andrin Raj, HT di Malaysia pernah merekrut ahlinya di universiti awam tanah air.

Menurut beliau, dengan adanya ahli yang terpelajar, ia memberikan gambaran organisasi tersebut berkredibiliti dan relevan.

Namun demikian, seperti rakan sejawatnya di Indonesia Rakyan, Andrin mengingatkan HT boleh menjadi ancaman besar kepada keselamatan Malaysia, sambil memberitahu agensinya sudah pun melabelkan HT sebagai organisasi radikal.

Andrin Raj mengingatkan HT boleh menjadi ancaman besar kepada keselamatan Malaysia, sambil memberitahu agensinya sudah pun melabelkan HT sebagai organisasi radikal - Gambar Fail
Andrin Raj mengingatkan HT boleh menjadi ancaman besar kepada keselamatan Malaysia, sambil memberitahu agensinya sudah pun melabelkan HT sebagai organisasi radikal - Gambar Fail

“Di Malaysia, pendaftaran HT adalah untuk tidak mengaitkannya dengan mana-mana kumpulan transnasional Islam namun sebagai parti politik.

“Ini membenarkan HT untuk didaftarkan dan mengelak daripada diharamkan oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Tambahnya, pada mulanya, ahli HT melarikan diri dari Timur Tengah ke Eropah, mereka menerima pasport Kesatuan Eropah yang membenarkan mereka bergerak secara bebas dan menyebarkan propaganda.

“Kerajaan Malaysia perlu memantau pergerakan kumpulan ini,” katanya.

Di sebalik kehadirannya di negara ini, beberapa badan Islam mengisytiharkan bahawa ideologi kumpulan tersebut bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia.

Kerajaan Johor pada September 2020 mengisytiharkan HT adalah organisasi haram manakala Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan kenyataan media mejelaskan mengapa orang awam perlu menolak kumpulan tersebut. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam