web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan Nurul Izzah Ada Unsur Nepotisme Dan Langgar Prinsip Reformasi - CME

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 5:55PM

Nurul Izzah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Pendidikan Pasaran (CME) menyuarakan kebimbangan mengenai pelantikan anak sulung Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada beliau.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carmelo Ferlito berkata, ia jelas menunjukkan kesinambungan beberapa siri tindakan yang bertentangan dengan tuntutan reformasi masa lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Carmelo Ferlito
Carmelo Ferlito

Menurut beliau, portfolio sebagai penasihat ekonomi memerlukan seseorang yang mempunyai latar belakang yang sesuai memandangkan ia bukan kedudukan politik.

“Nurul Izzah belajar kejuruteraan dan hubungan antarabangsa dan tidak memiliki apa-apa latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan.

“Walaupun ia tidak diperlukan untuk peranan politik utama seperti menteri, ia harus menjadi satu kemestian bagi penasihat dan kaunselor,” katanya hari ini.

Jelas beliau lagi, walaupun Nurul Izzah tidak dibayar gaji untuk peranannya itu, tindakan melantik penasihat tidak berkelayakan juga satu dasar yang tidak baik untuk dilaksanakan.

“Dasar buruk, walaupun berpandukan niat baik, boleh merosakkan negara. Kita telah melihat (perkara) ini dengan siling harga atau sekatan pekerja asing,” katanya.

Semalam, Anwar mempertahankan pelantikan anak sulungnya itu dengan menegaskan Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun.

Malah katanya, beliau sendiri mempelawa anaknya, yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Anwar berkata, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki ijazah pertama bidang kejuruteraan tetapi ijazah kedua dalam dasar awam merangkumi ekonomi, politik dan sosial dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies, sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Pelantikan Naib Presiden PKR itu, yang berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu, hangat diperkatakan di media sosial, ketika ini.

Mengulas lanjut, Ferlito berkata, Malaysia tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan isu struktur ekonomi bagi mendepani cabaran akan datang.

“Sejak beberapa minggu lalu kami memberi perhatian terhadap beberapa kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang agak kontroversi kerana menunjukkan pemahaman yang lemah dalam teori dan realiti ekonomi.

“Kenyataan sebegitu lebih terdengar seperti dakwah moral daripada cadangan dasar praktikal yang boleh dilaksanakan, sedangkan ia amat diperlukan untuk menangani kemelesetan ekonomi yang pernah kami berikan amaran sejak pertengahan 2021,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut mengetepikan individu berkebolehan untuk beberapa jawatan Kabinet, seperti Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang tidak dilantik sebagai Menteri Kewangan atas kelayakannya.

“Dalam senario inilah Perdana Menteri melantik anak perempuannya, yang baru-baru ini kalah dalam pilihan raya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan.

“Pelantikan sebegini bukan sahaja kedengaran seperti nepotisme, tetapi ia juga menjadi punca kebimbangan terhadap masa depan ekonomi,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

RPM 2026-2035 Perlu Pelaksanaan Menyeluruh, Libat Urus Semua Pihak - Nurul Izzah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

POLITY Sambut Baik Pelancaran WPS, Iktiraf Peranan Besar Wanita

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polity Dilancar, Fokus Perkasa Isu Sosio Ekonomi Rakyat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad