web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orkid Hibrid Baharu Dinamakan Sempena PM Dan Isteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 1:36PM

Anwar Ibrahim (dua, kiri) bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong (dua, kanan) selepas menerima spesis hibrid anggerik baharu 'Dendrobium Anwar Azizah' di Istana hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima penghormatan apabila nama mereka diabadikan pada spesies orkid baharu, sempena lawatan rasmi pertama ke republik itu.

Bunga berwarna ungu itu diberi nama ‘Dendrobium Anwar Azizah’ pada upacara khas yang dihadiri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching.

Acara berkenaan berlangsung di The Istana,  yang merupakan pejabat dan kediaman rasmi Perdana Menteri serta Presiden, Halimah Yaakob.

Ini adalah lawatan rasmi ketiga Anwar ke luar negara, sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Disember lalu.

Selain Wan Azizah, Perdana Menteri turut diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Johari Openg, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Tahun lalu, nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut diabadikan pada satu lagi spesies orkid, 'Dendrobium Queen Azizah of Malaysia'.

Acara khas tersebut diadakan sempena lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah ke Singapura pada 25 hingga 28 Oktober lalu.

Ia mengambil tempat di Istana, Jalan Orchard di sini yang turut dihadiri Halimah dan suaminya, Mohammed Abdullah Alhabshee.

Singapura adalah satu-satunya negara yang menjadikan orkid hibrid sebagai bunga kebangsaan.

Bunga itu, Vanda Miss Joaquim dipilih daripada kalangan 40 bunga, dengan 30 daripadanya ialah orkid dan dipilih pada 15 April, 1981. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

3

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

4

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 45 minit yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad