web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Bina Stadium Shah Alam Baharu ‘Tidak Logik’ - TMJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:11PM

Hantaran status Tunku Ismail di Instagram Story beliau. - Tangkap layar dari Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kos pembinaan Stadium Shah Alam baharu yang hanya memperuntukkan lebih RM700 juta adalah tidak logik kerana dianggap terlalu rendah.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, ia memandangkan stadium itu dikatakan akan dilengkapi ciri teknologi tinggi.

Titahnya, kos pembinaan kemudahan sukan itu sepatutnya menelan belanja sekurang-kurangnya RM2 bilion.

“SSI (Stadium Sultan Ibrahim) RM400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya 2 bilion.

“(Ini) kerana ia mempunyai teknologi yang tinggi. RM700 juta lebih tidak logik,” titahnya menerusi hantaran status dipercayai dibuat baginda terdahulu di Instagram Story dan tular di media sosial hari ini. 

Terdahulu, Getaran melaporkan, Kerajaan Selangor merancang menjadikan Stadium Shah Alam ‘berwajah’ baharu dan sebahagian daripada ekosistem lebih besar untuk kemudahan sukan dan rekreasi.

Stadium Shah Alam yang akan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah juga akan menjadi mercu tanda baharu buat pasukan Gergasi Merah yang akan dijadikan venue tetap pasukan itu. - Gambar fail
Stadium Shah Alam yang akan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah juga akan menjadi mercu tanda baharu buat pasukan Gergasi Merah yang akan dijadikan venue tetap pasukan itu. - Gambar fail

Bercakap kepada media, Ketua Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Norita Mohd Sidek berkata, Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu nanti bukan sahaja meliputi stadium serba canggih, malah menampilkan kemudahan rekreasi untuk rakyat negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri mahu menjadikan kompleks sukan ini sebagai projek mampan, mesra rakyat dan mantap dari aspek nilai ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) yang ditawarkan untuk membina projek kemudahan itu, mencadangkan supaya sebahagian daripada kompleks sukan terbabit ‘diubah’ menjadi taman rekreasi komuniti, manakala sebahagian lain dibangunkan sebagai infrastruktur sukan moden untuk bola sepak, ragbi, hoki dan sukan dalam bangunan.

“Kerajaan negeri yakin dengan ciri baharu komples sukan itu kerana ia dirancang berdasarkan penilaian semasa berhubung keselamatan, kepentingan dan manfaat jangka panjang untuk rakyat Selangor,” katanya.

Stadium Shah Alam yang akan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah Alam turut bakal menjadi mercu tanda baharu buat pasukan Gergasi Merah yang akan dijadikan venue tetap pasukan itu.

Kemudahan serba moden berkenaan yang dijangka siap pada 2026, kemungkinan boleh digunakan Selangor FC pada 2027.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, dengan kos pembangunan semula Stadium Shah Alam yang menelan belanja RM787 juta, kompleks baharu stadium keramat itu dijangka lebih baik dari Stadium Anfield, Liverpool. - 29 Januari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi