web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Ditawar CEO JDT, Hot FM Lamar Khairy Jadi Penyampai Radio

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 4:49PM

Adakah KJ akan menjadi DJ? Hot FM telah menawar jawatan tersebut kepadanya enerusi surat yang dimuat naik di laman Instagram stesen radio berkenaan malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aura mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat terus menyerlah walaupun baru dipecat daripada UMNO.

Perkara itu terbukti apabila beliau dilamar stesen radio terkemuka Hot FM sebagai penyampai radio. 

Hot FM menerusi surat yang dimuat naik di laman Instagramnya malam tadi memaklumkan, pihaknya ingin menawarkan bekas Menteri Kesihatan itu jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Khairy bagaimanapun tidak akan keseorangan menjalankan tugas berkenaan kerana mantan Ahli Parlimen Rembau itu akan bergandingan dengan tiga penyampai popular iaitu Johan, Fara Fauzana dan AG.

“Kami di Hot FM sentiasa mengalu-alukan kedatangan penyampai baharu dan percaya gandingan terbaru ini bakal menjadi gandingan yang hangat dan terbaik.

“Kami berbesar hati dan berharap Tuan Khairy Jamaluddin menerima tawaran ini,” kata surat tersebut. 

Tawaran berkenaan turut menerima reaksi segera daripada Johan dan Fara Fauzana.

“Hahahahahhaa mampuih la.. aku kena off (cuti) sat lagi la wehhh,” kata Johan.

“Boss saya tak jadi cuti tau. Saja nak beritahu agar kita boleh on air berempat,” komen pula Fara Fauzana.

Selepas dipecat daripada UMNO, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pantas ‘meminang’ Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDTFC).

Tawaran tersebut dibuat oleh Tunku Ismail sendiri selaku pemilik JDT menerusi hantaran di Instastory.

“CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang maklum balas diberikan oleh Khairy berhubung kedua-dua tawaran. 

Sementara itu, majoriti pengikut station radio berkenaan menyifatkan Hot FM sudah terlambat.

“Maaf anda terlambat, TMJ sudah offer dulu,” kata Nrafiqah.

"CEO JDT dah...Maaf (Hot FM)," tulis M fariswan di ruangan komen Instagram.

"TMJ dah sambar dahulu YB Khairy," tulis pula putra247. - Getaran, 29 Januari 2023.




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad