web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPN Jamin Siasatan Telus Kes Bunuh Di Tawau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 10:27PM

Siasatan yang dijalankan sendiri oleh pasukan khas dari Bukit Aman itu tidak akan mengambil kira apa juga status mereka yang terlibat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kes bunuh di Tawau, Sabah yang dipercayai melibatkan pegawai dan anggotanya akan dibuat secara telus.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan sendiri oleh pasukan khas dari Bukit Aman itu tidak akan mengambil kira apa juga status mereka yang terlibat dan undang-undang akan dikuatkuasakan terhadap mereka jika didapati bersalah.

"Oleh kerana ia melibatkan sensitiviti berkait dengan mereka yang terlibat, buat masa ini kita perlu buat siasatan yang terperinci kerana kita perlu betul-betul pasti dengan motif pelaku.

"Jika betul mereka terlibat, tindakan undang-undang tetap diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park di Setiu di sini hari ini

Beliau mengulas mengenai empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkaitan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau. 

Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dilaporkan berkata PDRM telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

Sementara itu, mengenai penahanan beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis yang disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram di Dungun baru-baru ini, Acryl Sani berkata siasatan telus akan dilakukan dan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat.

"Kumpulan ini begitu ketara hingga mereka buat tindakan-tindakan (keterlaluan), hingga sanggup buat ugutan kepada polis sendiri. Jadi kita tidak boleh biar kegiatan seperti ini berleluasa," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya mengesan kegiatan pertubuhan sama di negeri lain, beliau berkata setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh mengenai perkara itu.

Beliau berkata pihak polis menerima maklumat bahawa pertubuhan haram tersebut aktif di sekitar Dungun mulai 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad