web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Gesa Dialog, ‘Ketaksuban, Jenayah Terhadap Islam Mesti Dihenti Segera’ – Kementerian Luar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 4:08PM

Tindakan ketua kumpulan pelampau Pegida Belanda, Edwin Wagensveld, membakar Al-Quran di The Hague pada Ahad lalu dikutuk keras Malaysia. - Gambar Tribunnews.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji ketua kumpulan pelampau Belanda Pegida, Edwin Wagensveld, membakar Al-Quran di The Hague negara berkenaan pada Ahad lalu.

Kementerian Luar menerusi kenyataannya menegaskan, Malaysia kecewa melihat perbuatan Islamofobia yang berulang hanya dalam beberapa hari, meskipun mendapat kecaman global.

Menurutnya, ketaksuban dan jenayah dilakukan terhadap Islam mesti dihentikan segera.

“Malaysia mengulangi pendirian bahawa sifat perkauman dan sebarang bentuk penghinaan terhadap kitab suci, tanpa mengira agama adalah tidak boleh diterima sama sekali serta harus dikecam.

“Malaysia amat percaya bahawa hak kebebasan bersuara adalah bersekali dengan tanggungjawab tertentu dan tidak boleh disalah guna,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, kementerian itu berkata, Malaysia menggesa semua pihak berkaitan untuk mengambil langkah bagi menggalakkan lagi dialog, persefahaman dan mempromosikan semangat hidup bersama.

Menurutnya, usaha itu harus dilakukan secara aman dalam dunia berbilang agama dan budaya, bagi mencapai keamanan serta keharmonian pelbagai masyarakat dunia.

Kenyataan sama memaklumkan, Malaysia menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) untuk segera menangani isu membimbangkan ini.

“Segera mencari penyelesaian terbaik dalam mempromosikan penghormatan dan perlindungan sepenuhnya ke atas kitab suci agama di seluruh dunia,” katanya.

Dalam kejadian di luar Parlimen di The Gahue itu, Wagensveld bertindak mengoyakkan al-Quran ketika melakukan protes di kawasan berkenaan.

Beberapa gambar di media sosial juga menunjukkan ekstremis dan pemimpin anti Islam itu berjalan dengan memijak al-Quran yang sudah koyak.

Sehari sebelumnya, pemimpin parti pelampau kanan Denmark ‘Stram Kurs’, Rasmud Paludan bertindak biadap membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Tindakan didakwa sebagai protes selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu, membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.

Perbuatan itu turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia.

Malah, beliau menggesa kerajaan Sweden mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji terbabit. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Israel, Henti Cabuli Hak Rakyat Palestin, Keluar Segera Dari Wilayah Dirampas!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemenangan Malaysia Bukti Award Akhir Stampa Ada Kepincangan - Azalina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah The Hague Putuskan Esok Tuntutan Kumpulan Sulu Kuat Kuasa Award US$14.9 Bilion Terhadap Malaysia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MH17: Mahkamah Belanda Putuskan 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Bersalah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad