web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Undi 18 Dalam Tempoh Terdekat - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 10:37AM

Datuk Seri Takiyuddin Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menegaskan bahawa kelayakan mengundi umur 18 tahun akan diusahakan agar dapat dilaksana dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata komitmen terhadap perkara itu dibincangkan serta disahkan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

Katanya ketetapan itu jelas menunjukkan kerajaan beriltizam memberi peluang kepada golongan muda berumur 18 tahun menjadi pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-15, mahupun dalam mana-mana pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri.

“Kerajaan amat komited untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada 2019.

“Susulan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan juga perkara teknikal termasuk memperkemas kini sistem perisian yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Takiyuddin berkata kerajaan juga yakin SPR sentiasa bersiap sedia untuk menguruskan proses pilihan raya dari segi logistik, sumber manusia serta penyesuaian prosedur operasi standard selaras dengan norma baharu pengendalian pilihan raya ekoran penularan COVID-19 di negara ini.

Pada 25 Mac lepas, SPR mengumumkan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksana selepas 1 Sept tahun depan, berikutan pelbagai kekangan dihadapi suruhanjaya itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 ketika ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata mengundi pada usia 18 tahun adalah soal fundamental sebuah negara demokrasi dan ia dipersetujui hampir keseluruhan Ahli Dewan Rakyat pada kala ia diluluskan.

“Ia adalah keputusan besar kedua-dua pihak. Oleh itu, selaku Menteri Belia dan Sukan yang turut menyokong pindaan Perlembagaan sebagai blok pembangkang ketika itu, sudah semestinya saya ingin melihat ia terlaksana sepertimana jajaran masa yang ditetapkan,” katanya menerusi catatan Facebook hari ini.

Beliau berkata penguatkuasaan kelayakan umur mengundi 18 tahun itu memberi hak asasi warganegara kepada lebih 1.2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun, selain Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus melaksanakan program serta libat urus bersama anak muda dalam hal terbabit.

“Sebanyak mana mereka bertanggungjawab terhadap undang-undang, kita perlu bagi mereka hak sama rata. Saya juga akan terus memberikan komitmen dalam memastikan soal perluasan lantai demokrasi menjadi ‘accomplished deal’ antara kerajaan dan anak muda,” katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa SPR telah diberi masa yang cukup untuk melaksanakan umur kelayakkan pengundi 18 tahun sejak Parlimen mengesahkan undang-undang tersebut lebih daripada satu setengah tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Aplikasi Tuisyen Percuma di Port Dickson hari ini, ketua pembangkang berkata ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan SPR melaksanakan peranan mereka kerana perkara berkenaan telah disahkan di Parlimen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar