web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Import' Pakar Perumahan Singapura Bukan Bermakna Malaysia Lemah - Nga Kor Ming

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 8:49PM

Nga Kor Ming - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tuduhan sesetengah pihak kononnya perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata tuduhan sedemikian adalah satu tindakan provokasi yang  berbaur hasutan kerana penjawat awam di kementeriannya sentiasa memberikan khidmat yang terbaik dengan penghasilan pelbagai dasar seperti Dasar Perumahan Negara, Dasar Rumah Mampu Milik dan program-program  perumahan holistik untuk rakyat di negara ini.

“Penjawat awam telah berkhidmat dengan cemerlang sejak dari pentadbiran Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke hari ini. Sinergi penjawat awam dan anggota pentadbiran telah melahirkan pelbagai dasar, program dan pelan-pelan tindakan telah dihasilkan demi kepentingan rakyat.

Niat untuk menjemput pakar-pakar dari negara luar termasuk Singapura dalam sesi seminar dan bengkel adalah bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam bidang perumahan agar Malaysia dapat bergerak ke hadapan dan relevan dengan perkembangan semasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal televisyen media yang mendakwa pegawai kerajaan yang mengendalikan aspek perumahan awam negara tidak cukup kepakaran sehingga terpaksa mengimport pakar dari Singapura.

Nga berkata libat urus bersama agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi melalui lawatan mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan delegasi ke negara jiran itu untuk memahami perancangan dan penyediaan perumahan terutamanya dalam perumahan sosial. 

Katanya, Dasar Perumahan Negara sedia ada yang dibangunkan pada masa ini merupakan hasil kerjasama kementerian itu bersama pakar perumahan dalam negara seperti Khazanah Research Institute (KRI), Bank Negara Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), para akademik, penganalisis hartanah.

“Tidak salah untuk kita menambah baik dasar sedia ada berdasarkan amalan terbaik supaya polisi yang dirangka lebih komprehensif dan praktikal dilaksanakan mengikut acuan Malaysia,” katanya.

Nga menarik perhatian, Malaysia melalui kementerian itu turut telah melaksanakan pelbagai kerjasama yang serupa dengan pelbagai negara lain selain Singapura, seperti Australia berkaitan pemajuan perumahan swasta dan akta sewaan kediaman dan India pula dalam pembangunan bercampur swasta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Unit K9 Bomba Terima Ahli Baharu, Labrador Lahirkan 'Brave'

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Buang Sampah Kecil: Lebih 1,000 Ditahan, Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Kor Ming

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Akur Buat Silap, Kor Ming Mohon Maaf ‘Ugut’ Wartawan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad