web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Dengar Permohonan Semakan Kehakiman Pemilik Kelab Komedi 23 Mei

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 5:18PM

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23  Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik balik lesen perniagaan dan tidak membenarkan dua pemiliknya daripada memulakan sebarang perniagaan di ibu kota, seumur hidup.

Peguam M Pravin yang mewakili pemilik kelab itu,  Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram ketika dihubungi berkata permohonan itu akan di dengar di hadapan Hakim  Datuk Amarjeet Singh.

Kedua-dua mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov lepas dan menamakan, DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden.

Mereka  memohon mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan membatalkan lesen kelab itu adalah menyalahi undang-undang dan keputusan yang dibuat Jalaluddin dan juga kementerian untuk tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur  seumur hidup,  malah di bawah nama dan syarikat lain adalah tidak berperlembagaan.

Mereka juga memohon satu perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan itu atas alasan meraka mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah dalam bandar raya ini.

Dalam afidavit sokongan mereka, kedua-duanya berkata pada 17 Ogos tahun lepas Jalaluddin telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Jawatankuasa Pelesenan DBKL  membuat keputusan untuk membatalkan lesen kelab komedi itu berkuat kuasa 30 Julai dalam tahun sama dan pemiliknya disenaraihitamkan seumur hidup daripada mendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur, dan ini telah menjejaskan mereka selaku usahawan.  

Mohamad Rizal and Shankar juga mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang surat atau notis rasmi daripada DBKL mengenai perkara itu.

Mohamad Rizal sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 22 Julai lepas terhadap tiga pertuduhan jenayah iaitu membuat dan memulakan hantaran  komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar