web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Umrah Didakwa Untung Besar Jual Semula Tiket Penerbangan, Bakal Jemaah ‘Derita’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 3:56PM

Ia turut didakwa berpunca daripada tindakan sesetengah agensi umrah di Malaysia yang ‘membolot’ tiket disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Isu kenaikan mendadak kos mengerjakan umrah kebelakangan ini, turut didakwa berpunca daripada tindakan sesetengah agensi umrah di Malaysia yang ‘membolot’ tiket disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci.

Situasi itu turut mengakibatkan bakal jemaah terbeban apabila perlu membayar kos tambahan mencecah ribuan ringgit, sehingga terpaksa mengatur semula perjalanan berikutan pembatalan pada saat akhir.

Tindakan membolot tiket itu didedah Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham dengan memaklumkan mengikut harga semasa, tiket penerbangan umrah adalah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800.

Namun, katanya, sesetengah agensi umrah tegar menjual semula tiket penerbangan itu pada harga RM4,800 hingga RM5,000.

“Ini satu-satunya punca kenaikan pakej umrah yang boleh kita (Malaysia) kawal, tetapi belum ada tindakan sewajarnya diambil untuk menyekat monopoli empat hingga lima syarikat umrah tempatan yang membolot tiket penerbangan, selain menjualnya semula dengan harga lebih tinggi.

“Mereka hanya membayar sekitar 10 peratus deposit untuk membeli keseluruhan tiket bagi satu penerbangan. Ini menyebabkan agensi umrah terutama yang kecil tak dapat beli terus tiket dengan syarikat penerbangan kerana semua tempat duduk sudah dibolot,” katanya seperti dilaporkan BH.

Razali berkata, berdasarkan maklumat diterima PAPUH, perbuatan itu sudah lama berlarutan.

Malah, katanya, sekurang-kurang 120,000 tiket penerbangan ke Tanah Suci dijual semula dalam tempoh setahun sebelum ini.

Katanya, monopoli tiket turut menyebabkan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa bertindak menaikkan harga tiket penerbangan masing-masing ke Tanah Suci berikutan permintaan tinggi.

“Situasi memang makin meruncing kerana apabila ada syarikat umrah ambil kesempatan menjual semula tiket penerbangan dengan harga tinggi, maka syarikat penerbangan antarabangsa lain akan ambil langkah sama.

“Disebabkan tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci habis cepat, permintaan diterima syarikat penerbangan antarabangsa juga meningkat, sekali gus menjual tiket pada harga lebih mahal, sekitar RM4,200 hingga 4,500 untuk seorang jemaah,” katanya.

Susulan isu terbabit, Razali menggesa kerajaan bertindak pantas untuk menyiasat perbuatan monopoli tiket penerbangan umrah kerana ia dikhuatiri menyebabkan kos mengerjakan ibadat itu terus meningkat jika tidak dibendung.

“Sebab itu saya gesa syarikat penerbangan untuk kawal dan siasat perkara ini kerana ia menyebabkan agensi umrah yang kecil menerima kesan ketara, manakala jemaah pula perlu membayar lebih.

“Malah, ada yang terpaksa tangguh tunai umrah kerana kosnya naik terlalu mendadak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, PAPUH pernah mengemukakan masalah itu kepada kementerian berkaitan, namun kecewa apabila tiada tindakan susulan, menyebabkan isu ‘pembolotan’ tiket terbabit masih berterusan dan belum ada noktah.

“Pengurusan syarikat penerbangan tempatan juga tahu mengenai isu ini, namun tiada penyelesaian.

“Beberapa persatuan agensi pelancongan termasuk PAPUH, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) akan membincangkan isu kenaikan harga pakej umrah, hari ini,” katanya.

Terdahulu, BH turut melaporkan jemaah yang berkemungkinan berdepan kos meningkat sehingga 200 peratus, mengakui tiada pilihan kerana syarikat pengendali umrah lain turut mengambil langkah sama, iaitu menaikkan harga pakej. – Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini