web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Johor Terus Meningkat, Cecah 5,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 7:00AM

Herman Rahman, 66, membawa pakaian bersih dari rumahnya yang ditenggelami air berikutan hujan lebat yang beterusan di Kampung Sermin semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatat peningkatan diikuti Sabah dan Pahang susulan hujan lebat berterusan, setakat malam ini.

Di JOHOR, Pontian menjadi daerah ketujuh dilanda banjir selepas Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar dengan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke 51 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam tadi meningkat kepada 5,000 berbanding 4,368 orang petang tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 1,784 orang daripada 501 keluarga, diikuti Kluang 1,239 orang (358 keluarga) dan Mersing 851 orang (258 keluarga).

“Di Kota Tinggi pula, jumlah mangsa yang dipindahkan adalah seramai 706 orang daripada 169 keluarga, Muar 206 orang (46 keluarga), Batu Pahat 196 orang (54 keluarga) manakala Pontian 18 orang (empat keluarga),” menurut kenyataan itu malam tadi.

Sementara itu, lima sungai di negeri itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar (di Muara Sungai Gemas) menunjukkan bacaan 19.25 meter (m), Sungai Segamat (9.23m), Sungai Segamat (di Segamat Kecil) (37.56m), Sungai Kahang (di Kampung Contoh) (16.12m) dan Sungai Pontian Besar (11.16m).

Di SABAH, jumlah mangsa banjir naik mendadak kepada 1,421 orang daripada 495 keluarga dipindahkan ke 17 PPS di empat daerah berbanding 607 orang daripada 139 keluarga petang tadi.

Menurut Sekretariat JPBN Sabah, tiga daerah menunjukkan peningkatan mendadak iaitu Kota Marudu seramai 806 orang (356 keluarga), Kudat 381 orang (77 keluarga) dan Paitan 155 orang (44 keluarga).

Sementara itu, di Pitas jumlah mangsa kekal 79 orang daripada 21 keluarga yang berlindung di tiga PPS.

Di PAHANG, mangsa banjir di daerah Rompin meningkat kepada 138 orang daripada 42 keluarga berbanding 97 orang daripada 28 keluarga petang tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan seramai 91 orang daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Setajam, PPS Balai Raya Bukit Lepas dihuni 40 orang daripada 11 keluarga manakala tujuh orang daripada dua keluarga pula berlindung di PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad