Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Perkasakan PeKa B40 Jika Mahu Kesesakan Jabatan Kecemasan Dikurangkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) digesa memperkasa Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) agar kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan mampu ditangani pada kadar segera.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, inisiatif itu perlu diperluas, termasuk ke atas individu B40 yang mengalami penyakit ringan, berbanding hanya memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Menurut beliau, masih ramai penerima tidak memanfaatkan program PeKa B40 yang disediakan secara percuma kepada penerima di klinik swasta, sehingga menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.

“Sekarang ini, bantuan itu dikhaskan untuk penyakit NCD seperti darah tinggi, kencing manis namun untuk akan datang, diharapkan ia dapat diperkasa kepada kes ringan, kes yang dirujuk atau kecemasan kecil agar kita dapat kurangkan kesesakan di premis terlibat.

“Kadang-kadang ada pesakit yang datang boleh dirawat di luar kerana sekadar demam, atau doktor di Jabatan Kecemasan memberi kebenaran pulang ke rumah selepas menerima rawatan bagi kes yang dipanggil ‘kes sejuk’. Sebenarnya, ia boleh dilakukan di klinik swasta atau klinik kesihatan namun pembayarannya perlu disubsidikan kerajaan.

“Memang betul, kalau perkasakan perlu ditambah bajet, ruang menunggu lebih selesa, serta menambah kakitangan khususnya pakar dan bahagian sokongan di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan, namun jumlah pesakit juga akan bertambah sedangkan semua kes ringan tersebut boleh dialihkan ke ke klinik,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr Sharifa Ezat berkata, kesesakan Jabatan Kecemasan hospital kerajaan mampu dikurangkan sekiranya kerajaan menaik taraf klinik kesihatan, termasuk melengkapkan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan, serta menambah lebih ramai pakar perubatan di fasiliti kesihatan awam itu.

Beliau turut menyambut baik cadangan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berhubung pelaksanaan wad jangka masa pendek (short stay ward), tetapi inisiatif tersebut dilihat agak mengelirukan buat hospital yang telah melaksanakan kaedah berkenaan.

“Bila ada wad tersebut, jabatan mana di hospital kerajaan yang akan bertanggungjawab menguruskan pesakit di situ kerana dalam pengalaman kita, fasiliti awam yang telah melaksanakannya saling tolak-menolak dan tidak mahu menerima pesakit walaupun individu berkenaan berada di bawah pemantauan kecemasan serta pakar yang telah dirujuk.

“Sebagai contoh, dia dimasukkan ke kecemasan. Katakanlah dia perlu dirujuk kepada pelbagai pakar, adakah mereka (pakar) dari Jabatan Kecemasan ataupun jabatan yang akan dirujuk pesakit? Seharusnya kena bersama namun banyak berlaku ketika ini tolak-menolak walaupun ia boleh dilaksanakan sebagai pelan jangka pendek,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Sharifa Ezat berharap agar peruntukan kesihatan menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang pada Febuari ini dipertingkatkan berikutan dana sebelum ini tidak mencukupi.

“Sekarang ini, bajet kita antara paling rendah di antara negara membangun lain seperti Thailand dan Indonesia. Bajet itu boleh digunakan untuk memperkasa aspek kecemasan di klinik kesihatan kerajaan. Sekiranya fasiliti itu ditambah baik, rakyat tidak lagi perlu bersesak mendapatkan rawatan di hospital kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Dr Zaliha berkata, KKM sedang mengkaji keberkesanan inisiatif seperti lanjutan waktu bekerja di fasiliti tertentu sebagai usaha mengatasi isu kesesakan khususnya di Jabatan Kecemasan, terutama menjelang musim perayaan.

Jelasnya, untuk itu KKM melalui Program Perubatan, Program Kesihatan Awam serta Program penyelidikan dan Sokongan Teknikal di bawah Timbalan Ketua Pengarah masing-masing diminta untuk menyemak dan menganalisis data di hospital dan klinik kesihatan untuk melihat keberkesanan inisiatif terbabit.

Di samping lanjutan waktu bekerja, katanya, usaha untuk memperkasa ‘lean healthcare system’ yang bertujuan meningkatkan pengurusan aliran pesakit dan memastikan rawatan terbaik dapat diberikan tanpa peningkatan kos, juga sedang dipertingkatkan terutama di hospital yang mengalami kesesakan di Jabatan Kecemasan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, penambahan kakitangan dan memperluas ruang fasiliti di Jabatan Kesihatan hospital kerajaan adalah penyelesaian tepat namun memerlukan masa yang agak panjang untuk dilaksanakan KKM.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

“Penyelesaian segera adalah memperbaiki sistem kedatangan dan merawat pesakit di bahagian kecemasan hospital. Untuk meningkatkan kemasukan ke hospital bagi mengurangkan kesesakan adalah tidak begitu sesuai kerana kebanyakan hospital sangat kekurangan katil/wad dan staf.

“Tindakan tersebut akan menyebabkan beban dan tekanan tinggi kepada hospital, melibatkan kos yang besar serta menjadikan kurangnya kemudahan kepada pesakit yang sangat memerlukan,” katanya.

Senada dengan Dr Sharifa Ezat, beliau turut bersetuju agar sebahagian rawatan boleh dialihkan kepada fasiliti swasta, namun ia perlu dilaksanakan dengan mekanisme bayaran balik (reimbursement) yang munasabah.

Menurut beliau, KKM perlu menguatkuasakan sistem temujanji serta kedatangan berdasarkan bilang kakitangan yang ada dan keluasan ruang di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.

“Ada keperluan juga untuk menambah masa operasi klinik kesihatan tertentu bagi rawatan pesakit luar tetapi mesti dilakukan dengan mekanisma penambahbaikan ruang, bilangan staf dan insentif.

“Pada masa lalu,  cadangan itu tidak berjaya kerana tidak diambil kira termasuk mengambil kira insentif penambahan serta kerugian ‘double income’ staf yang memerlukan.

“Pada masa sama, KKM mesti melibatkan semua pihak dan berani melaksanakan sistem P{ di fasiliti kesihatan, tidak terlalu ‘melayan’ kes tidak serius yang menggunakan kemudahan hospital sehingga menyebabkan kesesakan serta penambahbaikan bajet di fasiliti primer,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, keseimbangan kerja-hidup pekerja penjagaan kesihatan awam akan menjadi antara bidang yang akan diteliti dengan lebih terperinci.

“Untuk menangani isu ini, kita memerlukan lebih ramai kakitangan dalam penjagaan kesihatan awam. Kami sememangnya gembira dapat bertemu dengan Menteri Kesihatan yang menerima idea diusulkan dan mengharapkan lebih banyak pembabitan dengan beliau serta pasukannya di kementerian.

“Bagi mencari penyelesaian terhadap isu ini, MMA bercadang untuk berjumpa dengan pihak sumber manusia kementerian dan jabatan perkhidmatan awam bagi mendengar pandangan mereka membabitkan perkara ini,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Sasar 50 Peratus Kanak-Kanak Terima Vaksin COVID-19 Sebelum Persekolahan Bermula

2

Semasa 2 tahun yang lalu

151,729 Penerima PeKa B40 Hidap Penyakit Tidak Berjangkit

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 1 hari yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak