web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


151,729 Penerima PeKa B40 Hidap Penyakit Tidak Berjangkit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 6:30PM

Dr Adham Baba - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 151,729 rakyat Kumpulan B40 yang merupakan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dikesan menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kadar itu mewakili 33 peratus daripada keseluruhan 457,462 penerima PeKa B40, selepas menjalani saringan kesihatan di kemudahan berkaitan di seluruh negara.

" Jumlah ini melibatkan Kumpulan B40 yang sebelum ini tidak pernah mengetahui mereka menghidapi penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis (10.4%), kolesterol tinggi (29.8%), darah tinggi (13.8%), masalah mental seperti kemurungan (1.6%) dan keresahan, (1.4%) selain daripada masalah obesiti atau sebagainya.

"Data membimbangkan itu diperoleh berdasarkan Laporan Peka B40 2019- 2020 selepas golongan itu menjalani saringan kesihatan di bawah skim tersebut," katanya di sini.

Menurut beliau, kumpulan berkenaan tidak pernah menjalani saringan kesihatan lain sebelum ini.

Dr Adham berkata, Skim PeKa B40 diuruskan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) iaitu anak syarikat tidak berasaskan keuntungan yang juga milik penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Skim ini memberikan empat manfaat iaitu Saringan Kesihatan, Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser berjumlah RM1,000 dan Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000.

“Ia memfokus kepada penyakit tidak berjangkit dan diberi percuma kepada semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta pasangan mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas," jelas beliau.

Katanya, sebanyak RM62.5 juta telah dibelanjakan sepanjang 15 April 2019 hingga 31 Disember 2020 untuk membiayai skim yang bertujuan untuk membuat pengesanan awal terhadap penyakit tidak berjangkit.

“Daripada jumlah tersebut, RM38.5 juta dibelanjakan untuk manfaat saringan kesihatan yang meliputi pengambilan sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, saringan kesihatan mental, pemeriksaan kanser payudara dan prostat, serta ujian air kencing dan darah.

“Sebanyak RM20.9 juta daripada sejumlah RM62.5 juta dibelanjakan bagi membiayai permohonan 10 jenis alat perubatan iaitu sten untuk jantung, alat sendi tiruan, bantuan pendengaran, perentak jantung, prostesis dan implan untuk tulang belakang,” katanya.

Turut terlibat dalam pembiayaan itu adalah prostesis dan ortosis tulang anggota, kanta mata untuk pesakit katarak, alat terapi pernafasan, penumpu oksigen, bantuan sokongan nutrisi dan kerusi roda.

Katanya, saringan kesihatan PeKa B40 ini dilakukan di klinik swasta dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara. – Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar