web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerosakan Terjadi Disebabkan Pendekatan Liberal Dan Ekstrem – Hadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 9:01PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kajian secara berilmu dan beradab dengan akal yang sihat serta waras perlu dilakukan bagi bagi mengelak penyakit Islamofobia.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbandingan antara Islam dengan agama dan teori lain juga perlu dibuat secara jujur melalui sumber yang asli bagi mencari kebenaran tanpa bersikap fanatik.

“Sebarang perubahan daripada undang-undang fitrah (naluri) manusia, pasti menyebabkan berlakunya kepincangan yang akan membawa kemusnahan disebabkan oleh tangan manusia sendiri.

“Janganlah cuba menyalahkan Islam, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana mengadakan peraturan yang bercanggah dengan fitrahnya. Sedangkan perbuatan itu tidak diizinkan oleh Allah SWT sebagai Penciptanya,” katanya menerusi hantaran Minda Presiden di Facebook, hari ini.

Rasmus Paludan dikecam hebat kerana bersikap biadap dengan membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.
Rasmus Paludan dikecam hebat kerana bersikap biadap dengan membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, penyakit Islamofobia dalam masyarakat bukan Islam di Barat menyebabkan Al-Quran dan masjid dibakar, Nabi Muhammad SAW dicela, malah penganut Islam turut dizalimi.

Katanya, golongan terbabit bertindak menentang Islam atas nama hak kebebasan liberal, demokrasi dan menurut nafsu semata-mata, bukan mengkaji serta membacanya secara berakal atau beradab.

“Justeru, disebabkan tidak beriman kepada semua rasul dan kitab suci, lalu manusia mencipta ajaran baharu yang salah dan tidak sempurna.

“Sehinggakan, ada kalangan mereka yang meminda agama dan kitab suci, kemudian mencipta ajarannya sendiri dengan akal yang lemah,” katanya.

Tegasnya lagi, antara alasan untuk menyebarkan Islamofobia ialah munculnya teori yang mencela Islam kononnya tiada kebebasan apabila bersama agama ini.

“Ini juga kerana adanya hukum wajib dan sunat, halal dan haram dalam aspek makanan, pakaian, pergaulan dan lain-lain.

“Selain itu, adanya undang-undang syariat yang diuruskan, wajib adanya pemerintah yang mentadbir (politik) dan menguruskan keperluan hidup jasadnya (ekonomi), akal dan rohnya (pelajaran dan pendidikan) serta konsep kawalan amar ma‘ruf dan nahi munkar dengan kehebatan undang-undang yang mendidik,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, masyarakat hari ini menyaksikan bagaimana teori yang dinamakan perjuangan hak asasi itu dipisahkan secara berasingan antara satu sama lain.

“Terdapat sebahagiannya memperjuangkan hak asasi manusia sahaja, malah sebahagian yang lain pula memperjuangkan hak asasi binatang sahaja atau alam sekitar sahaja, secara berpisah atau berasingan.

“Bahkan, termasuk juga dalam urusan kehidupan manusia sendiri, apabila mereka memisahkan politik, ekonomi dan lain-lain aspek kehidupan daripada panduan ajaran Islam yang sempurna,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek