web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Buat Penginapan Pekerja Asing Macam Kandang Lembu - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 2:48PM

Pihak berkuasa menjalankan Operasi Khas Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di tiga buah kilang berasaskan produk kayu dan getah di Jalan Kapar, di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar memberi amaran kepada semua majikan agar memastikan tempat penginapan pekerja warga asing sentiasa dalam keadaan selesa dan bukan seperti kandang lembu atau kerbau.

Beliau berkata keadaan penginapan pekerja asing yang tidak mematuhi syarat ditetapkan akan membahayakan pekerja terutama apabila berlaku pandemik atau bencana yang tidak diingini.

V. Sivakumar
V. Sivakumar

"Kita perlu layan mereka seperti manusia, sebab kita diperhatikan. Bukan sahaja rakyat (negara ini) malah peringkat antarabangsa.

"Jangan buat macam kandang lembu atau kandang kerbau, ia sangat membahayakan pekerja-pekerja asing dan akan menjadi isu besar jika berlaku musibah," katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di tiga buah kilang berasaskan produk kayu dan getah di Jalan Kapar, di sini hari ini.

Turut serta dalam operasi itu Timbalan Menteri Mustapha Sakmud dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sumber Manusia A. Maniam.

Sivakumar berkata antara kegagalan pematuhan syarat yang dikesan ialah majikan didapati tidak menyediakan tilam, ruang memasak buruk dan bilik sempit.

Katanya pemilik ketiga-tiga kilang itu akan didakwa sejurus kertas siasatan lengkap.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati majikan-majikan berkenaan melakukan beberapa kesalahan mengikut akta yang dikuatkuasakan oleh JTKSM (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia) antaranya Seksyen 24D Akta 446 dan juga kesalahan mengikut Peraturan 3 dan 4 akta sama. 

“Majikan juga didapati melakukan kesalahan di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) serta majikan juga didapati tidak mencarum di bawah PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial),” katanya.

Pemeriksaan dijalankan di tiga buah kilang di Jalan Kapar, di sini, hari ini.
Pemeriksaan dijalankan di tiga buah kilang di Jalan Kapar, di sini, hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga kilang itu beroperasi dengan tenaga kerja asing seramai 526 orang dari Nepal, Bangladesh dan Myanmar.

Ketika ditanya mengenai pindaan terhadap akta atau undang-undang sedia ada, Sivakumar berkata undang-undang tersebut telah memadai untuk memastikan majikan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita akan membuat pemantauan lebih kerap selepas ini untuk pastikan pekerja asing yang masuk dapat penempatan yang baik serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak majikan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad