web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pekerja Lap Microwave Guna Mop: 7-Eleven Mohon Maaf, ‘Ini Pelanggaran Protokol’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 11:00AM

Kelihatan seorang pekerja membersihkan ketuhar gelombang mikro menggunakan mop lantai. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, susulan kejadian seorang pekerjanya gagal mematuhi protokol kebersihan ditetapkan, sehingga gambar perbuatan itu tular di media sosial dan dikecam hebat netizen.

Menerusi kenyataannya, pengurusan syarikat berkenaan berkata, pihaknya ingin ‘menjernihkan keadaan’ dan sudah mengambil tindakan sepatutnya terhadap pekerja di satu daripada cawangannya itu.

“Kami di 7-Eleven Malaysia ingin memohon maaf seikhlas hati atas tindakan salah seorang pekerja kami yang gagal mematuhi protokol kebersihan kami yang ketat.

“Ini adalah pelanggaran jelas dan tidak menggambarkan standard tinggi yang kami laksanakan di semua kedai kami,” menurut kenyataan dimuat naik menerusi Facebook malam tadi.

Syarikat itu berkata, pihaknya memahami kepentingan untuk mengekalkan persekitaran bersih dan selamat kepada pelanggan.

Ia turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tindakan segera sudah diambil untuk memastikan perkara terbabit tidak berulang.

Malah, syarikat itu mengakui kesal atas sebarang kesulitan atau kebimbangan yang mungkin timbul.

“Jika anda memerlukan sebarang penjelasan lanjut, sila menghubungi kami di [email protected].

“Kami menghargai sokongan berterusan anda,” katanya.

Terdahulu, menerusi empat gambar dimuat naik mengenai kejadian dilapor berlaku pada 22 Januari lalu itu, ia menunjukkan seorang kakitangan premis 24 jam berkenaan, menggunakan mop untuk membersihkan bahagian dalam ketuhar (microwave), sehingga mencetuskan rasa jijik dan mual orang ramai.

Perkara itu didakwa tular selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter menerusi akaun AshrafChak yang ‘geli’ dengan kejadian terbabit dan meminta syarikat berkenaan supaya mengajar pekerja protokol pembersihan sebenar.

“Hello @7elevenmalaysia, tolong la brief  (beri taklimat) staff korang untuk buat pembersihan dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam microwave. Pengotor oi!,” ciapnya tanpa menyebutkan lokasi premis yang dimaksud.

Gambar dimuat naik sejak hari kejadian itu dilihat 2.2 juta pengguna, selain menerima 15,100 tanda suka dan 14,100 ulang ciap setakat jam 10 pagi ini.

Menerusi tinjauan di beberapa akaun media sosial yang berkongsikan kejadian itu, pengguna melahirkan kemarahan dan kekecewaan dengan perkara terbabit.

“Inilah padah ambil warga asing yang dari negara tak berapa nak bersih masuk kerja kat sini,” kata seorang pengguna.

“Huhu itu kurang ajar benar, agaknya macam tu kot cara dia bersihkan dapur rumah dia,” ujar Che.

“Ini bukan kes tak sengaja, tapi sikap. Buang sahaja orang macam ini, jangan ambil dia kerja,” komen Azran.

“Senang je (syarikat) minta maaf pekerja dah pengotor nak mamp*s,” tulis seorang lagi warga maya.

“La takkan kain lap tak ada dalam 7E, teruk betul nampaknya,” soal Liyana.

Perkongsian itu turut menerima komen daripada beberapa individu yang pernah bekerja di 7-Eleven.

“Sebagai ex (bekas) staf 7E (7-Eleven) untuk lap microwave ada kain lain yg disediakan tau. Kau dah kenapa bai nak mudah kerja kau bantai semua kau mop ek. Aduhlah geram aku tengok,” ujar @mae_roar.

“Sebagai bekas pekerja 7E, kami tak diajar untuk melakukan perbuatan ini. Ini semuanya adalah ‘common sense’. Boleh buat aduan emel kepada 7E untuk tindakan selanjutnya. HQ (ibu pejabat) akan periksa CCTV (kamera litar tertutup),” jelas NizamuddinNasir - Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Siasatan Sudah Dijalankan, Kedai Serbaneka Tular Diberi Notis, Amaran Keras

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja