Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Michelle Yeoh Rakyat Malaysia Pertama Terima Pencalonan Oscar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 7:00AM

Michelle Yeoh dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon berstatus Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh mengharumkan nama negara apabila menjadi rakyat Malaysia pertama menerima pencalonan pada Anugerah Academy Awards (Oscars) bagi lakonannya dalam filem sci-fi, ‘Everything Everywhere All at Once’.

Anak kelahiran Ipoh berusia 61 tahun itu, kini bersaing bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk wataknya sebagai Evelyn Quan.

‘Everything Everywhere All at Once’ memperoleh 11 pencalonan, sekali gus meletakkan filem itu di tempat teratas dalam senarai.

Pesaing Yeoh untuk kategori itu adalah Cate Blanchett bagi filem TÁR, Michelle Williams (The Fabelmans), Ana De Armas (Blonde) dan Andrea Riseborough (To Leslie).

Ketika Anugerah Golden Globe ke-80 awal bulan ini, Yeoh memenangi Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem Muzikal atau Komedi, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama meraih pengiktirafan itu.

Pencalonan bagi Academy Awards ke-95 itu diumumkan pelakon Riz Ahmed dan Allison Williams untuk semua kategori, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Adaptasi.

Duo ini juga mengumumkan calon untuk kategori pelakon lelaki dan wanita utama serta pelakon pembantu, Lagu dan Gubahan Terbaik, selain Sinematografi, Reka Bentuk Produksi, Bunyi, Penyuntingan Filem dan Kesan Visual.

Pengumuman pencalonan Academy of Motion Picture Arts and Sciences, dibuat secara fizikal di hadapan penonton yang terdiri daripada wakil media dan publisis buat kali pertama sejak 2016 di Teater Samuel Goldwyn.

Jimmy Kimmel akan mengacarakan Academy Awards, dengan menyaksikan ia adalah kali ketiga beliau menggalas tanggungjawab bagi acara berprestij itu yang akan berlangsung di Teater Dolby, Ovation Hollywood pada 12 Mac ini.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan:

Filem Terbaik

All Quiet on the Western Front

Avatar: The Way of Water

The Banshees of Inisherin

Elvis

Everything Everywhere All at Once

The Fabelmans

TÁR

Top Gun: Maverick

Triangle of Sadness

Women Talking

Pengarah Terbaik

Martin McDonagh, The Banshees of Inisherin

The Daniels, Everything Everywhere All at Once

Steven Spielberg, The Fabelmans

Todd Field, TÁR

Ruben Östlund, Triangle of Sadness

Pelakon Lelaki Terbaik

Austin Butler, Elvis

Colin Farrell, The Banshees of Inisherin

Brendan Fraser, The Whale

Paul Mescal, Aftersun

Bill Nighy, Living

Pelakon Wanita Terbaik

Cate Blanchett, TÁR

Ana de Armas, Blonde

Andrea Riseborough, To Leslie

Michelle Williams, The Fabelmans

Michelle Yeoh, Everything Everywhere All at Once

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Brendan Gleeson, The Banshees of Inisherin

Brian Tyree Henry, Causeway

Judd Hirsch, The Fabelmans

Barry Keoghan, The Banshees of Inisherin

Ke Huy Quan, Everything Everywhere All at Once

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Angela Bassett, Black Panther: Wakanda Forever

Hong Chau, The Whale

Kerry Condon, The Banshees of Inisherin

Jamie Lee Curtis, Everything Everywhere All at Once

Stephanie Hsu, Everything Everywhere All at Once

Penulis Skrip Terbaik (Adaptasi Lakon Layar)

All Quiet on the Western Front

Glass Onion: A Knives Out Mystery

Living

Top Gun: Maverick

Women Talking

Penulis Skrip Terbaik (Lakon Layar Asal)

The Banshees of Inisherin

Everything Everywhere All at Once

The Fabelmans

TÁR

Triangle of Sadness

Filem Animasi Terbaik

Guillermo del Toro's Pinocchio

Marcel the Shell With Shoes On

Puss In Boots: The Last Wish

The Sea Beast

Turning Red

Filem Antarabangsa Terbaik

All Quiet on the Western Front

Argentina, 1985

Close

Eo

The Quiet Girl

Dokumentari Terbaik

All That Breathes

All the Beauty and the Bloodshed

Fire of Love

A House Made of Splinters

Navalny

Suntingan Filem Terbaik

The Banshees of Inisherin

Elvis

Everything Everywhere All at Once

TÁR

Top Gun: Maverick

Sinematografi Terbaik

All Quiet on the Western Front

Bardo, False Chronicle and a Handful of Truths

Elvis

Empire of Light

TÁR

Rekaan Kostum Terbaik

Babylon

Black Panther: Wakanda Forever

Elvis

Everything Everywhere All at Once

Mrs. Harris Goes to Paris

Solekan dan Gaya Rambut Terbaik

All Quiet on the Western Front

The Batman

Black Panther: Wakanda Forever

Elvis

The Whale

Rekaan Produksi Terbaik

All Quiet on the Western Front

Avatar: The Way of Water

Babylon

Elvis

The Fabelmans

Muzik Terbaik (Lagu Asal)

Akan diumumkan

Muzik Terbaik (Gubahan Asal)

All Quiet on the Western Front

Babylon

The Banshees of Inisherin

Everything Everywhere All at Once

The Fabelmans

Rekaan Bunyi Terbaik

All Quiet on the Western Front

Avatar: The Way of Water

The Batman

Elvis

Top Gun: Maverick

Kesan Visual Terbaik

All Quiet on the Western Front

Avatar: The Way of Water

The Batman

Black Panther: Wakanda Forever

Top Gun: Maverick

Filem Pendek Animasi Terbaik

The Boy, the Mole, the Fox, and the Horse

The Flying Sailor

Ice Merchants

My Year of Dicks

An Ostrich Told Me the World Is Fake, and I Think I Believe It

Filem Pendek ‘Live Action’ Terbaik

An Irish Goodbye

Ivalu

Le Pupille

Night Ride

The Red Suitcase

Dokumentari Pendek Terbaik

The Elephant Whisperers

Haulout

How Do You Measure a Year?

The Martha Mitchell Effect

Stranger at the Gate. - The Vibes, 25 Januari, 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

19 Tahun Menjalin Hubungan, Michelle Yeoh Kini Milik Jean Todt

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

PM Terima Kunjungan Michelle Yeoh Di Putrajaya

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MBI Cadang Senaraikan Michelle Yeoh Antara Tokoh Dalam 'Hall Of Fame'

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 16 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki