web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dikendali Warga Asing, 11 Premis Sungei Wang Plaza Diarah Tutup Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 4:33PM

Anggota penguatkuasa DBKL menampal notis penutupan premis yang dikendalikan warga asing di Sungei Wang Plaza. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan 11 premis perniagaan dikendalikan warga asing di Sungei Wang Plaza di sini, ditutup serta-merta.

Kenyataan DBKL memaklumkan, pihaknya turut mengeluarkan 14 notis kompaun menerusi Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, iaitu masing-masing empat notis Tiada Lesen Perniagaan dan 10 notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran.

Menurutnya, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan selepas ini terus kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan, berikutan membenarkan warga asing mengendalikan aktiviti bisnes mereka tanpa kebenaran sah.

DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan.
DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan.

“DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan khas terhadap premis dikendalikan warga asing sekitar Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang pada lewat petang Isnin (semalam) dan berakhir jam 9.00 malam.

“Menerusi pemerhatian dan risikan khas pasukan penguat kuasa DBKL sejak seminggu lalu, serbuan ketiga dijalankan secara mengejut ke atas 14 premis perniagaan barangan am, melibatkan aktiviti penjualan pakaian, kasut, beg, aksesori telefon, aksesori komputer, membaiki peralatan elektrik dan salon kuku yang dikendalikan warga Bangladesh, Pakistan dan Myanmar.

“Melalui pemeriksaan kali  ini,  DBKL  membuat semakan ke atas 27 pembantu atau pengendali premis warga asing dan terus membuat tindakan penutupan serta merta (sealed) terhadap 11 premis menerusi Sek.101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dan pemerhatian di semua lokasi tumpuan (hotspot) lain melibatkan aktiviti perniagaan dikendalikan warga asing.

“DBKL akan berkerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain, seperti Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengikut bidang tugas serta peruntukan bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Pada 20 Januari lalu, DBKL mengenakan tindakan sama ke atas sembilan premis perniagaan kendalian warga asing di sekitar pusat beli-belah Berjaya Times Square dan Jalan Imbi di Bukit Bintang.

Manakala, keesokannya, DBKL mengarahkan sejumlah 14 premis perniagaan sekitar Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga off Jalan Gelugor ditutup serta merta kerana dikesan dikendalikan warga asing. - Getaran, 24 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek